Pembesaran Terbantut Selepas Kimoterapi, Wanita 22 Tahun ‘Terperangkap’ Dalam Badan Kanak-Kanak Berusia 8 Tahun

![|650x469](upload://6yHJlXKIW05y9rtfxCw9Naj85PI.jpeg)

Seorang wanita berusia 22 tahun berasal daripada Amerika Syarikat dipercayai menghidap penyakit misteri sehingga menyebabkan dia memiliki tubuh seperti kanak-kanak berusia lapan tahun.

Umur dah 22 tahun tapi badan seperti kanak-kanak

![|650x591](upload://cxvZKMSlfHWhteETY8LgxPCaPMN.jpeg)

Wanita berkenaan dikenali sebagai Shauna Rae telah didiagnos kanser otak yang aneh ketika dirinya berusia enam bulan. Susulan daripada itu, dia perlu menjalani kimoterapi dan menyebabkan proses pembesarannya terbantut.

Kelenjar pituitari saya hampir tidak aktif disebabkan kimoterapi. Doktor memberitahu saya setelah selesai membesar. Tulang saya bercantum dan ketinggian saya hanya 3 kaki dan 10 inci.

Akibat daripada itu, ramai menganggapnya seperti kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun kerana ketinggiannya dan telah menyukarkan untuk mencari pasangan hidup mahupun bersosial.

Jika awak melihat saya, awak akan terfikir bahawa saya ialah seorang gadis kecil yang melakukan aktiviti harian dengan keluarga saya.

Tapi saya bukanlah seperti sangkaan awak. Saya ialah seorang wanita berusia 22 tahun yang terperangkap dalam badan kanak-kanak berusia 8 tahun.

Ibu luah rasa bersalah

![|650x474](upload://9s6ybbsnKkod6ueRKNZzQ7cFie2.jpeg)

Ibunya, Patricia Schrankel turut menceritakan kembali ketika mereka dikejutkan dengan berita sedih bahawa anaknya itu menghidap penyakit kanser otak semasa masih bayi lagi.

Shauna hanya berusia enam bulan ketika dia disahkan menghidapi penyakit kanser otak.

Saya berasa bersalah kerana dia perlu melalui semua ini sepanjang hidupnya, jadi apa yang perlu saya lakukan adalah saya perlu melindungi dirinya.

Dalam pada itu, Shauna menyatakan bahawa dia ingin cuba untuk hidup berdikari tanpa keluarganya dan dilihat sebagai orang yang sudah dewasa.

Sumber : The Sun


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pembesaran-terbantut-selepas-kimoterapi-wanita-22-tahun-terperangkap-dalam-badan-kanak-kanak-berusia-8-tahun