Pelanggan Terkejut Tengok Harga Seekor Siakap Langkawi, Melayang Duit Sebanyak RM1,196

![|650x400](upload://4lP7bLSSMDLqbe0xEJtwzRcdGyj.jpeg)

Memori yang tidak akan dilupakan. Sekumpulan individu yang bercuti di Pulau Langkawi terpaksa membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram (kg), baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Pelanggan Terkejut Harga Makanan Di Restoran Salt Bae ‘Cekik Darah’, Terpaksa Bayar Sebanyak RM210,899

Dapat ikan siakap untuk 30 orang makan

![|650x868](upload://c2KbEECkYPXW1r7dSgGlZ1gdgf5.jpeg)

Menerusi perkongsian Mohd. Faris Zulkarnain di Facebook miliknya, dia bersama enam orang lagi telah menempah dua ekor ikan siakap bersama menu-manu lain.

Kata Mohd. Faris, salah seorang pelayan datang semula bagi mengesahkan saiz ikan dan mereka membuat keputusan mengubah tempahan pada seekor saja berdasarkan anggaran saiz yang ditunjukkan.

Selepas mengelilingi beberapa pulau di Langkawi, kami dibawa ke salah sebuah restoran untuk makan tengah hari, seperti kebiasaan kami memesan menu yang biasa ditempah di mana-mana kedai tomyam.

Secara kebiasaan, untuk tujuh orang makan, dua ekor siakap sudah memadai, maka kami pun tempah dua ekor ikan untuk tujuh orang makan berserta menu-menu yang lain.

Kemudian, datang seorang pekerja memaklumkan pada kami untuk double confirm ikan yang kami tempah. Kami bertanya kembali besar manakah ikan itu, selepas ditunjuk saiz ikan tersebut dengan tangannya kami bersetuju untuk ambil seekor sahaja. Saiznya pula ialah saiz yang besar sedikit daripada kebiasaan ikan siakap yang kita biasa makan.

Apabila sampai menu-menu yang sudah ditempah, kami terkejut seekor ikan siakap tadi dapat diisi di dalam pinggan besar (pinggan biasa letak ikan) sebanyak lima pinggan. Kami pun cakap ini untuk bukan untuk tujuh orang makan tetapi 30 orang makan. Pada masa itu saya sudah menjangka bahawa harga mungkin akan mahal. Saya membayangkan mungkin harganya lebih kurang RM 700.00 – RM 800.00.

Berdasarkan bil yang dikongsikan, antara menu lain adalah udang (RM200), sotong sekilogram (RM120), ketam (RM87.20), ayam kicap (RM15), kailan (RM27), telur dadar (RM12) dan jus tembikai (RM35).

Terkejut tengok bil

![|650x488](upload://tTnAncVL8UTiTxYeLa6GGKSGeAh.jpeg)

Ketika ingin membuat pembayaran, Mohd. Faris akui terkejut melihat keseluruhan jumlah makanan.

Dakwa Mohd. Faris, bukan dia sahaja yang terpaksa membayar harga yang mahal tetapi dua pengunjung lagi yang turut berada di situ. Satu pelanggan adalah RM755 bagi dua orang makan dan RM800 untuk pelanggan yang lain.

Terkejut saya melihat bil yang diberi tertera nilai RM 1852.50. Ikutkan hati mahu sahaja saya bayar menggunakan kredit kad. Tapi dia maklumkan ada cas sebanyak 5%!

Selepas itu. saya lihat pelanggan di belakang saya pun seolah-olah pasrah. Dia makan berdua dan bil yang dikenakan sebanyak RM 755.00. Kemudian saya tanya pula pada Dr Azrul berapa mereka bayar untuk makan tadi. Dr Azrul maklumkan yang beliau pun dicas sebanyak RM 800 lebih.

Dalam pada itu, Mohd. Faris turut mengingatkan pada pengunjung lain agar lebih berhati-hati supaya perkara sama tidak berulang lagi.

Sumber: Mohd. Faris Zulkarnain


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pelanggan-terkejut-tengok-harga-seekor-siakap-langkawi-melayang-duit-sebanyak-rm1196