Pelakon, Pengarah & Penolong Pengarah Buat Hal, Kantoi Positif Dadah

![|650x412](upload://rdHlqDdIOhE3CbLhOazVv3AIza2.jpeg)

Seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak, semalam.

Positif dadah

![|650x433](upload://hIu8jLPM1y3Lo0H70P7QdX9vkLI.jpeg)

Selain daripada pelakon tersebut, pihak berkuasa turut menahan seorang pengarah dan penolong pengarah yang masing-masing berusia 49 dan 47 tahun. Menerusi laporan Harian Metro, serbuan tersebut dilakukan kira-kira pukul 7.15 pagi oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan, pelakon dan pengarah tersebut positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol. Manakala, penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine. Kesemua mereka berada di dalam bilik berasingan ketika serbuan dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Harian Metro


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pelakon-pengarah-penolong-pengarah-buat-hal-kantoi-positif-dadah