Pelakon ‘Parasite’ Park So-dam Didiagnos Kanser Tiriod, Kini Dalam Fasa Pemulihan

![|650x341](upload://t3vhrz1llCSz6GNY9hv6sw1gv5u.jpeg)

Aktres filem ‘Parasite’, Park So-dam didiagnos dengan kanser tiriod selepas dia dilihat sering mendapatkan pemeriksaan kesihatan, lapor agensi berita Korea. So-dam kini sedang dalam fasa pemulihan selepas melakukan pembedahan mengikut nasihat doktor.

Artikel Berkaitan: Tewaskan 8 Filem Popular Antarabangsa, Parasite Cipta Sejarah Dinobat Filem Terbaik Oscar!

Fokus pada pemulihan

![|650x341](upload://2VOaNyzmpYPzSMgNeV6kwEDbd6c.jpeg)

Park So-dam yang dijadualkan untuk memulakan promosi filem aksi seram baharu ‘Special Cargo’ pada Januari 2022 kini sedang menumpukan perhatian pada pemulihan kesihatannya agar dia dapat bertemu dengan peminat dalam keadaan yang sihat pada masa akan datang.

Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan agensinya, Artist Company, aktres berusia 30 tahun itu memohon maaf kerana tidak dapat bersama dengan peminatnya yang sudah lama menunggu hari tayangan perdana ‘Special Cargo’, namun So-dam tidak dapat menghadiri acara tersebut.

Park So-dam memohon maaf kerana tidak dapat bersama dengan peminat yang lama menantikan tayangan perdana Special Cargo, namun dia akan memberi sokongan penuh terhadap tayangan tersebut.

Terima kasih kepada semua pelakon dan staf Special Cargo, serta semua yang menyokong Park So-dam dan filem tersebut. So-dam kini akan fokus pada pemulihan kesihatannya, dan kami akan lakukan yang terbaik bagi membantu pelakon wanita kami sembuh dengan sepenuhnya.

Nama Park So-dam sebelum ini ‘meletup’ selepas muncul di dalam filem Parasite yang berjaya mencipta sejarah memenangi Filem Terbaik di Anugerah Oscars.

sumber: allkpop


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pelakon-parasite-park-so-dam-didiagnos-kanser-tiriod-kini-dalam-fasa-pemulihan