Pelajar SPM Kecewa Ibu Tak Puas Hati Dapat 12A, Siap Tanya – ‘Kenapa Sikit Sangat A?’

Sekadar gambar hiasan

Tanggal 16 Jun menjadi satu tarikh bermakna buat pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 berikutan hari ini, mereka memperoleh keputusan setelah berhempas-pulas bagi mendapatkan keputusan terbaik untuk membanggakan kedua ibu bapa tersayang.

‘Mental kena kuat’

Sekadar gambar hiasan

Namun, di sebalik hari penting tersebut seorang pelajar berkongsi cerita kepada personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya mengenai sikap seorang ibu yang seolah-olah tidak bangga dengan keputusan yang diterimanya.

Walaupun mendapat keputusan yang cemerlang, ‘kemenangan’ tersebut sama sekali tidak diraikan dan hanya dipersoalkan mengenai jumlah A yang diperoleh.

Assalamualaikum, hari ini 16.6 saya ambil result SPM. Bersyukur sangat-sangat dengan result yang saya peroleh. Masa trial dapat 4A 2G dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah SPM dapat 6A, 3A+, 3A dan lain-lain, tapi tiada G la. Ingat parents bangga, bila call mak, mak cakap ‘kenapa sikit sangat A? Sakit uhh hahaha, balik terus masuk bilik nangis sedu-sedu.

Kenapa bukan ucapan tahniah or umi bangga ngan anak umi ke haih. Scroll Twitter tengok seorang ini result dia tak gempak pun tapi dia dikurniakan seorang mak yang supportive, cemburu tau.

Dalam pada itu, pelajar ini sempat memberikan pesanan kepada ibu bapa di luar sana supaya bangga dan hargai akan setiap pencapaian anak mereka.

Kata-kata mak ayah ini memberi kesan yang mendalam terhadap emosi anak-anak. Nasib saya cool even dan puas nangis, reda jela yang penting saya bangga dengan diri saya.

Sumber: Ahmad Fedtri Yahya


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pelajar-spm-kecewa-ibu-tak-puas-hati-dapat-12a-siap-tanya-kenapa-sikit-sangat-a