Peguam Syarie Dedah ‘Penyondol’ Boleh Dikenakan Hukuman Penjara, Rosak Reputasi Ada Rekod

‘Ya! Mengganggu rumah tangga orang lain adalah satu jenayah ya!’ Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peguam syarie bernama Nurul Atikah.

Artikel Berkaitan: ‘Dah Ambil Orang Punya, Duduk Diam-Diam’ – Puteri Sarah Saman Pihak Ketiga

Artikel Berkaitan: Neelofa Jadi Tempat Puteri Sarah Minta Nasihat, Puji Masih Jaga Aib Suami – ‘Terlalu Teruk Pihak Ketiga Punya Buli ..’

Boleh kena tindakan undang-undang

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Atikah menegaskan kehadiran orang ketiga dalam sebuah rumah tangga boleh dikenakan hukuman penjara.

Isu tersebut diketengahkan rentetan kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana yang didakwa diganggu kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Nampak seronok ganggu rumah tangga orang, seronok jadi skandal, seronok main-mainkan isteri teman lelaki yang merupakan suami orang, tapi kalau disabitkan kesalahan gangguan dari pihak ketiga boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman.

Bayangkan dimasukkan penjara hanya kerana sebab mengganggu rumah tangga orang?! Berbaloi ke? Habis reputasi ada rekod dipenjarakan.

Jangan bangga jadi skandal!

Dalam pada itu, Atikah mengingatkan kepada si ‘penyondol’ untuk tidak mengganggu kebahagiaan orang lain kerana perbuatan tersebut sangat memalukan.

Jangan merosakkan diri sendiri hanya untuk keseronokan sementara. Jangan menganiayai orang lain tambah-tambah sama-sama gender perempuan yang mana patutnya lebih memahami.

Jangan normalisasikan dan banggakan yang anda adalah seorang skandal suami orang. Mana sikap perempuan melayu yang penuh dengan sifat malu. Baliklah kepada fitrah asal kita.

Pada Khamis lalu, Puteri Sarah nekad memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih kepada suaminya iaitu anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.

Sumber: Instagram @peguamsyarie_atikah


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/peguam-syarie-dedah-penyondol-boleh-dikenakan-hukuman-penjara-rosak-reputasi-ada-rekod