PDRM Masih Kesan Saksi Kes Gangguan Seksual Babitkan Ebit Lew

Foto: Ebit Lew

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengesan saksi bagi membantu siasatan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkemuka Ebit Irawan Lew Ibrahim atau lebih dikenali Ebit Lew.

Artikel Berkaitan: Ustaz Ebit Lew Mengaku Tidak Bersalah Terhadap 11 Pertuduhan Gangguan Seksual – ‘Tuduhan Itu Dibuat Untuk Jatuhkan Saya’

Artikel Berkaitan: ‘Fitnah Yang Kejam’ – Isu Dakwaan Gangguan Seksual, Ustaz Ebit Lew Maafkan Semua

Artikel Berkaitan: Kes Gangguan Seksual: Pendakwah Terkenal Dipanggil Polis Ke Bukit Aman

Polis kemas kini kertas siasatan laporan lama

Foto: TheStar

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan tanpa menyatakan butiran lanjut berkata, ia adalah proses untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum sebarang pendakwaan dibuat.

Selain itu, polis juga sedang mengemas kini kertas siasatan berhubung kes ini daripada laporan-laporan yang lama dan saya enggan mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terbaharu kes membabitkan pendakwah berkenaan.

Sebutan semula kes 20 April ini

Foto: Ebit Lew

Sebelum ini, Ebit Lew, 37, mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah.

Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Semua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah antara Mac hingga Jun 2021 terhadap seorang wanita Melayu.

Mahkamah membenarkan Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin manakala tarikh perbicaraan kes ditetapkan pada 20 April ini untuk sebutan semula kes.

Sumber: Harian Metro

 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pdrm-masih-kesan-saksi-kes-gangguan-seksual-babitkan-ebit-lew