Pasha Ungu Kembali Aktif Berpolitik Mahu Bantu Rakyat, Takkan Tinggalkan Kumpulan Ungu

Foto: pashaungu_vm

Penyanyi terkenal Indonesia, Pasha dikatakan kembali aktif semula dalam bidang politik selepas melunaskan tanggungjawabnya sebagai wakil Wali Kota atau Datuk Bandar Palu, Sulawesi Tengah.

Fokus kepada Pilihan Raya Umum

Foto: pashaungu_vm

Memetik laporan Viva.co, Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Said itu ingin melebarkan sayap karier politiknya dengan menjadi calon Dewan Perwakilan Rakyat atau DPR sekaligus bertanding untuk pilihan raya Indonesia yang akan datang.

Disoal media tempatan mengenai perancangan mengenai keputusannya kembali ke kancah politik, Pasha mengaku mahu merebut salah satu kerusi di DPR dan mahu bekerja demi rakyat.

Sekarang fokus DPR kerana momentum Pemilu (Pilihan Raya Umum). Politik tidak setiap hari, momentumnya 5 tahun.

Dan bercakap mengenai politik, saya berupaya sekeras mungkin bermanfaat untuk masayarakat. Jika sudah terjun ke kancah politik biasanya itu antara tidak boleh atau tidak mahu keluar. Nah kalau saya tak mahu keluar.

Pasha juga berkata keluarganya masih menyokong keputusan itu. Pasha menegaskan bahawa dia ingin menjadi lebih berguna kepada masyarakat, jadi dia kembali ke politik.

Ungu saling memahami

Foto: pashaungu_vm

Vokalis kumpulan Ungu ini menegaskan biarpun beliau sibuk dengan karier politik, dia tidak akan pernah meninggalkan raka-rakan dan karya kumpulan Ungu.

Kami menyokong aktiviti masing-masing dan Ungu adalah rumah kami. Di mana sahaja kita melakukan aktiviti, Ungu adalah tempat kita pulang. Teruskan memastikan kita bersama selama 25 tahun. Sebaliknya saya memujuk mereka untuk menjadi ahli Majlis. Jadi 2024 kita boleh sama-sama berkempen, serius.

Pelantu lagu Kekasih Gelapku itu mula menceburi bidang politik pada tahun 2015 dengan mendaftarkan dirinya sebagai calon Wakil Wali atau Datuk Bandar Kota Palu.

Sumber: Viva.co


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pasha-ungu-kembali-aktif-berpolitik-mahu-bantu-rakyat-takkan-tinggalkan-kumpulan-ungu