Papan Tanda Susur Keluar Lebuhraya SUKE Terlampau Kecil, Pengguna Cakap Baik ‘Print’ Dekat Kertas A4

Sejak pembukaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada 16 September lalu, ramai mengambil kesempatan berhenti di lorong kecemasan semata-mata ingin melihat pemandangan dari atas lebuhraya tersebut sehingga menyebabkan kemalangan.

Artikel Berkaitan: Berhenti Di Lebuhraya SUKE Nak Tengok Pemandangan, Penunggang Motor Cedera Langgar Myvi

Papan tanda kecil

Belum reda isu tersebut, seorang pengguna lebuhraya SUKE sempat merakam video papan tanda di simpang susur keluar jalan yang bersaiz kecil dan sukar untuk dibaca pemandu.

Menerusi video dapat dilihat papan tanda itu bertulis susur kanan untuk ke Ampang, Pandan Indah dan Hospital Ampang manakala susur kiri untuk ke Hulu Langat dan Bukit Ampang.

Dengan jalan besar macam ni, lepas tu buat signboard besar tu je? Memang tak perasanlah orang nak tengok dari jauh.

Kalau orang bawa laju, memang auto sesat bila keluar dari highway ni. Kena hati-hati je lah kat kawasan sini.

Video

@jeppwaksalam

Aku pun terkene td..korang tolong hati2 pilih simpang di susur keluar BUKIT AMPANG / LANGAT NI…. SUSUR KIRI ke LANGAT / BUKIT AMPANG.. SUSUR KANAN ke AMPANG / PANDAN INDAH / HOSP AMPANG #SUKE #sukehighway #malaysia #shopee

? Pusara Di Lebuhraya – Ekamatra

Komen netizen

Perkongsian lelaki itu turut mendapat perhatian orang awam sehingga menimbulkan kerisauan kerana bimbang sekiranya terlepas pandang papan tanda tersebut sehingga menyebabkan kesusahan kepada pengguna lebuhraya SUKE yang lain.

Tak kurang juga ada yang mengharapkan agar pemandu lainlebih berhati-hati dan peka dengan keadaan di jalan terutamanya untuk menyusur keluar dari lebuhraya supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tak diingini di kawasan tersebut.n


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/papan-tanda-susur-keluar-lebuhraya-suke-terlampau-kecil-pengguna-cakap-baik-print-dekat-kertas-a4