Pam Ayam Bagi Nampak ‘Gemuk’, Tindakan Peniaga Nak Cepat Kaya Dikecam Netizen

Tindakan seorang peniaga yang dipercayai ‘mengepam’ ayam mentah jualannya di sebuah pasar, tular di media sosial dan meraih perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pelanggan Mengamuk Ditipu Peniaga Cili Kurangkan Timbangan – ‘Lepas Ini Bawa Penimbang Dari Rumah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dah Buka Parcel, Tak Nak Bayar COD Sebab Baju Ketat

Artikel Berkaitan: Tak Diberi Makan Semasa Majlis Perkahwinan, ‘Photographer’ Balas Dendam Padam Gambar Depan Pengantin

Video penuh:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fakta Indo | Berita Indonesia (@fakta.indo)

Menerusi video pendek dikongsi Fakta.Indo di laman Instagram, memaparkan seorang wanita yang bertindak ‘mengepam’ beberapa ekor ayam mentah sebelum ayam tersebut disusun rapi di atas meja.

Bagaimanapun, tindakannya ketika itu berjaya dirakam oleh seorang individu dan menerusi kapsyen video tersebut tindakan berkenaan dibuat supaya ayam tersebut nampak ‘gemuk’ dan secara tidak langsung dapat menarik minat pembeli yang berkunjung.

Ketika artikel ini ditulis, tiada sebarang info lanjut di mana dan bila kejadian ini berlaku dan menerusi ruangan komen rata-rata warganet kurang bersetuju dengan mekanisma yang diambil oleh peniaga ini.

Sumber: Fakta.Indo


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/pam-ayam-bagi-nampak-gemuk-tindakan-peniaga-nak-cepat-kaya-dikecam-netizen