Paksa Gugur Kandungan, Kim Seon Ho Minta Maaf Dengan Bekas Kekasih

![|650x400](upload://khhLciBe6kiQzLZld26nlFpck3z.jpeg)

Industri hiburan Korea Selatan heboh selepas seorang wanita dikenali sebagai ‘A’ memuat naik hantaran menuduh seorang pelakon lelaki dikenali ‘K’ adalah talam dua muka dan buruk perangai.

Dakwa ‘A’, dia pernah hamil hasil hubungan dengan pelakon terbabit namun dipaksa menggugurkan kandungannya. ‘K’ juga berjanji mahu mengahwininya namun ia sekadar janji palsu.

Artikel Berkaitan: Pihak Produksi Drama Hometown Cha-Cha-Cha Minta Peminat Henti Serbu Rumah, Pemilik Mula Rasa Terganggu

Mengaku rasa takut selepas berita panas keluar

![|650x433](upload://iPPBQl1g0MIDZDcblxPVLsDZ7Wc.jpeg)

Terbaru, pelakon Kim Seon Ho mengeluarkan permohonan maaf rasmi terhadap bekas kekasihnya ‘A’, setelah terpalit dengan tuduhan kontroversi yang berkaitan dengan kehidupan peribadinya.

Malah katanya, dia masih menunggu waktu yang sesuai untuk bertemu dengan bekas kekasihnya itu.

Saya adalah Kim Seon Ho. Pertama, saya dengan tulus meminta maaf atas kelewatan klarifikasi. Saya baru tampil sekarang ini kerana berasa takut selepas keluar banyak artikel yang menyebut nama saya.

Saya berpacaran dengan orang itu berdasarkan cinta. Semasa dalam perhubungan, saya menyakiti wanita itu kerana kelalaianku dan tindakanku yang cetek. Saya berharap dapat bertemu dengan wanita itu dan sekarang saya masih menunggu masa untuk diberi peluang.

Minta maaf dengan kesilapan dilakukan

![|650x325](upload://bo9bJtq1TvK1Q8Kxo4ihTdh8Zra.jpeg)

Dalam pada itu, dengan rasa rendah diri pelakon drama Hometown Cha-Cha-Cha turut meminta maaf kepada pihak produksi yang turut sama terkena tempias susulan isu panas ini.

Saya juga ingin meminta maaf kerana telah mengecewakan semua pihak yang mempercayai dan memberi semangat kepada saya. Saya terlupa bahawa disebabkan anda semua yang membuatkan pelakon Kim Seon Ho mampu berdiri tinggi. Saya juga ingin meminta maaf kepada semua staf produksi yang turut terkena tempias atas perbuatannya.

Sekali lagi, saya ingin meminta maaf kepada semua orang yang terluka dengan kejadian ini. Saya tahu bahawa cakap-cakap kosong ini tidak cukup untuk sampai kepada orang ramai dengan sungguhnya, tetapi saya memberikan pendapat ikhlas saya dengan cara yang saya mampu. Saya betul-betul minta maaf.

Sebelum ini, seorang netizen tanpa nama mendedahkan bahawa ‘Pelakon K’ telah memujuknya untuk melakukan keguguran dengan alasan ingin berkahwin.

Tiga hari kemudian, Kim Seon Ho tampil mengakui bahawa dia adalah ‘Pelakon K’ yang dikhabarkan terlibat dalam kontroversi itu.

Sumber: Allkpop


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/paksa-gugurkan-kandungan-kim-seon-ho-minta-maaf-dengan-bekas-kekasih