Pakai Kopiah Tapi Berlagak Samseng…

![|650x416](upload://1s1Cv4SR1psRr6K21BqLO0l4Qra.jpeg)

Video seorang pemandu kereta jenis Proton Perdana menunjukkan lagak gengster di atas jalan raya tular di media sosial selepas individu berkenaan memberhentikan kereta miliknya secara melulu hadapan sebuah kereta lain.

Tahan kereta ajak gaduh

![|650x496](upload://qyZy9yGE93eWiW4ako0xhCW5Z6l.jpeg)

Menerusi video yang dimuat naik Vicenzo Lorenzo Meooow di Twitter, lelaki tersebut bertindak mengejar dan memberhentikan keretanya selepas tidak berpuas hati gagal memotong barisan di persimpangan jalan. Difahamkan lelaki tersebut tidak berada di lorong yang betul ketika berada di lampu isyarat sehingga keretanya dihalang masuk.

B*d*h bajet-bajet gengster kan dah viral. Buang lah kopiah tu buat malu je.

Sejurus memberhentikan kereta, lelaki  yang memakai kopiah hitam itu turun daripada kereta berjalan ke arah pemilik kereta yang didakwa menghalangnya.

Dah lah potong que dekat traffic light, lepas tu block kereta sesuka hati ajak bergaduh.

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan melarikan diri selepas mendapat tahu pemilik dashcam tersebut ingin membuat laporan polis berhubung kesalahan yang dilakukan olehnya. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Setia Alam, Selangor.

Kami pergi balai. Saya ada dashcam. Haa terus lari.

‘RM8,150 saman nak pergi mana?’

![|650x511](upload://vl5vc4TZ2IGxmOPu1av3UssQ7qO.jpeg)

Dalam pada itu, kenderaan yang dinaiki oleh lelaki berkopiah itu dipercayai mempunyai 38 saman tertunggak yang bernilai RM8,150 dan rata-rata netizen meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada lelaki berkenaan.

Sumber : vicenzolorenzo


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pakai-kopiah-tapi-berlagak-samseng