Pakai Baju Mencolok Mata, Azira Shafinaz Undang Komen Lucah

Gara-gara berpakaian terlalu seksi, penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz mencuri perhatian netizen di media sosial.

Baju seksi & ketat

Menerusi foto di Instagram (IG), Azira, 31, kelihatan melakukan beberapa ‘pose’ untuk mempromosikan satu jenama pakaian antarabangsa.

Pemilik nama Azira Shafinaz Ramlan memakai ‘Tube Bodycon Dress’ bersama ‘Open Front Coat’ berwarna coklat gelap yang mendedahkan sebahagian besar tubuh badannya.

Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen adalah pakaian yang digayakan dikatakan terlalu seksi dan mencolok mata.

Kaum lelaki kemain nakal

Perkongsian foto tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-ratanya menegur agar penyanyi utama kumpulan pop wanita, De Fam itu lebih berpakaian sopan.

Ada juga segelintir kaum lelaki yang mengambil kesempatan dengan meninggalkan komen berbaur nakal.

Hasil pemerhatian OhBulan!, pelakon drama Isteri Misteri itu memilih mendiamkan diri tanpa membalas sebarang kritikan.

Sumber: Instagram @azirashafinaz


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/pakai-baju-mencolok-mata-azira-shafinaz-undang-komen-lucah