Paderi Lamar Teman Wanita Di Majlis Pengebumian Bapa, Netizen Kurang Senang

Seorang paderi di Cape Town, Afrika Selatan mengundang kecaman pengguna media sosial selepas bertindak melamar kekasihnya pada majlis pengebumian bapa wanita berkenaan.

‘Kesat air mata untuk dua-dua’

Menerusi satu video yang dikongsikan pengguna @m.mojela di laman Tiktok, seorang lelaki yang dipercayai merupakan paderi pada majlis tersebut dilihat membuat lamaran dengan berlutut di hadapan wanita itu yang sedang menitiskan air mata. Ahli keluarga si mati turut duduk di hadapan keranda berisi mayat.

Kapsyen yang ditulis menyifatkan lelaki tersebut bersimpati, namun pada yang sama terharu dengan penerimaan lamarannya, dia juga mengesat air mata wanita itu yang mengalir berkemungkinan akibat daripada kedua-dua situasi yang berlaku pada hari tersebut.

Melamar anak si mati di pengebumian. Mengesat air mata untuk kedua-duanya.

Turut terdengar, seorang daripada tetamu yang hadir menjerit tanda setuju selepas menyedari wanita itu dilamar.

Menjengah ke ruangan komen video yang telah menerima 285 ribu tontonan itu, ada netizen yang kurang senang dengan tindakan lelaki tersebut dan menyifatkan ianya sebagai tidak sopan, dan tidak kena dengan waktu.

Usaha paderi itu bagaimanapun berhasil selepas teman wanitanya dilihat menyarungkan cincin yang dihulur.

Video

@m.mojela

? original sound – M.Mojela

Sumber: Tiktok @m.mojela


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/paderi-lamar-teman-wanita-di-majlis-pengebumian-bapa-netizen-kurang-senang