Padat Dengan Aksi Lasak Lakonan Elizabeth Tan & Aaron Aziz, Gerak Khas Undercover Tak Mengecewakan!

![|800x667](upload://n3HP59yZmC2dpmuLqccfYcPgeZy.gif)

Gerak Khas Undercover, lakonan Elizabeth Tan, Aaron Aziz dan ramai lagi kembali di TV3 dan strim bila-bila masa di iQiyi app atau iQ.com secara percuma bermula pada hari ini!

Kejayaan Gerak Khas Finale pada tahun 2020, sekali lagi membuat TV3 dan Skop production bekerjasama bagi menghasilkan drama bersiri aksi, Gerak Khas Undercover.

Dibintangi oleh Aaron Aziz, Erra Fazira, Elizabeth Tan, Ruzana Ibrahim, Raja Afiq dan Salina Saibi, korang pasti puas hati dengan lakonan dan aksi dalam drama bersiri ini. 

Bertemakan antara hidup dan mati, Gerak Khas Undercover mengetengahkan kisah asam garam kehidupan anggota polis dalam membanteras jenayah di negara kita.

Padat dengan aksi!

![|1200x1586](upload://s5zzs7mA4IzowhjuhbJy3d9tzRQ.jpeg)

Selain memperkenalkan wajah-wajah baru seperti Aaron Aziz dan Elizabeth Tan, Gerak Khas Undercover lebih padat dengan aksi-aksi berbahaya yang dilakonkan sendiri oleh barisan pelakonnya. Bahkan ada diantara diorang yang menerima latihan seni bela diri bagi menjayakan watak yang diberikan.

Bukan itu sahaja, jalan cerita Gerak Khas Undercover lebih dekat dengan jiwa masyarakat. Hal ini kerana, drama ini tidak hanya fokus kepada tugasan anggota polis untuk membanteras jenayah tetapi ianya turut menyentuh kehidupan peribadi dan keluarga anggota polis tersebut.

Tidak hanya padat dengan aksi, drama ini juga sarat dengan nasihat dan teladan. Cukup sesuai buat tontonan seisi keluarga.

Tonton Gerak Khas Undercover secara percuma di iQiyi!

Bagi korang yang nak saksikan sendiri kelainan yang ditampilkan dalam drama bersiri ini, korang boleh tonton Gerak Khas Undercover di iQiyi secara percuma bermula pada tarikh 1 Oktober ini 1 jam selepas tayangan di TV3.

Tiada sebarang bayaran dikenakan. Korang cuma perlu muat turun aplikasi iQiyi atau tonton secara dalam talian di laman web iQiyi. Bukan itu sahaja, korang juga boleh strim Gerak Khas Finale secara percuma di iQiyi semasa tunggu Gerak Khas Undercover! 

![|1200x610](upload://wAB8ojDs34weLWcFw4VIQRTbSXp.png)

Di iQiyi korang bukan sahaja boleh menonton drama melayu terkini, sebaliknya korang juga disajikan dengan pelbagai pilihan K-drama, C-drama dan Anime terbaru. Serius tak rugi kalau korang muat turun aplikasi ni.

Jadi ahli VIP dengan hanya RM1.90!

Nak lebih advance lagi dimana korang boleh skip advertisement, tonton kandungan-kandungan eksklusif melalui Dolby Atmos dan Full HD? Korang subscribe je jadi ahli VIP.

Tak mahal pun, hanya RM1.90 untuk bulan pertama. Murah kan? Memang tak dapat la harga macam ni untuk langganan pertama di aplikasi lain.

Jadi, jom muat turun iQiyi sekarang juga dan jangan lupa tonton Gerak Khas Undercover pada 1 Oktober ini dan lihat sendiri bagaimana Elizabeth Tan jadi polis. Terpukau korang nanti.

Ingat, jangan tonton haram! Jika korang nampak link cetak rompak, laporkan link tu di www.jangantontonharam.com! Boleh dapat akses VIP iQiyi dan peluang untuk menang iPhone 13 Pro terkini!

Website: iQiyi

Download iQiyi App


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/padat-dengan-aksi-lasak-lakonan-elizabeth-tan-aaron-aziz-gerak-khas-undercover-tak-mengecewakan