Padah Guna Gambar Ketua Polis Perlis Untuk Menipu, Tiga Lelaki Ditahan

Angkara menipu atas talian dengan menggunakan gambar Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, dua lelaki termasuk seorang warga Myammar ditahan reman bagi membantu siasatan.

Guna akaun nama sendiri untuk menipu

Memetik laporan Kosmo!, dua suspek warga tempatan berusia 20 tahun dan warga Myanmar berusia 22 tahun direman selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Pemangku Asisten Komisioner Wari Kiew berkata, lelaki Myammar terbabit ditahan di Chemor, Perak, pada Rabu.

Katanya, penipuan atas talian yang dilakukan itu menggunakan nombor telefon yang didaftar atas nama suspek yang merupakan pekerja kilang.

Seorang lagi suspek warga tempatan berusia 20 tahun ditahan di Tanjung Karang, Selangor pada pagi tadi.

Suspek kedua ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai nombor akaun bank miliknya digunakan untuk sindiket penipuan dalam talian tersebut.

Tambahnya lagi, nombor akaun itu juga dikesan terlibat dalam beberapa kes jenayah komersial sebelum ini dan pihaknya sedang memburu dalang sindiket yang dipercayai melibatkan lebih daripada tiga orang.

Terdahulu, Polis Perlis mengesan individu bernama Surina Aisyah yang didakwa menggunakan gambar identiti Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad untuk melakukan penipuan dalam talian dengan menyamar sebagai anggota polis.

Sumber: Kosmo!


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/padah-guna-gambar-ketua-polis-perlis-untuk-menipu-tiga-lelaki-ditahan