NOIR Raikan Kejayaan Usahawan Dalam Noir Circle Meeting 2022

Sebut je NOIR, mesti dalam kepala terus terbayang produk kecantikan berwarna ungu yang kini semakin mendapat tempat di hati pengguna, bukan sahaja di Malaysia, malah berjaya menembusi industri kecantikan hingga luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Australia dan juga Dubai.

NOIR juga telah melahirkan ramai usahawan wanita yang berjaya mengubah status dan taraf hidup mereka.

Sebagai menghargai usahawan di bawah mereka, baru-baru ni, NOIR telah mengadakan Noir Circle Meeting (NCM) 2022 yang diadakan di The Ritz Carlton Hotel Kuala Lumpur. NCM ini juga adalah sebagai langkah strategik NOIR bagi memastikan kumpulan usahawan Apprentice NOIR terus komited dan faham dengan hala tuju perniagaan NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd.

NOIR komited untuk capai angka 1 juta pelanggan menjelang 2025

NCM yang juga merupakan sesi pembentangan dan perbincangan yang  dikendalikan oleh pengasasnya, Eriyca  Baiduri (Madammu) dan juga En. Azri Che Noh bertujuan untuk memacu dan membawa para usahawan NOIR ke arah hala tuju perniagaan yang lebih jelas.

Bukan itu saja, menjelang 2025, NOIR juga berhasrat untuk mencapai angka 1,000,000 pelanggan, 200,000 ahli NOIR yang aktif dan 100 usahawan jutawan.

Berpegang kepada nilai BEAUTE iaitu Brave (Berani), Energetic (Bertenaga), Authentic (Asli), Unshakeable (Tidak Mudah  Tergugat), Transformation (Transformasi) dan Empower (Memperkasa), Madammu berharap nilai-nilai ini dapat membantu para usahawan NOIR untuk kekal fokus dan komited dalam perniagaan. 

Program NCM yang diadakan pada setiap 6 bulan ini juga turut dimeriahkan dengan majlis apresiasi pencapaian para usahawan wanita NOIR, di mana rata-rata mereka adalah antara yang kini sudah berjaya mengecapi impian, mengubah hidup serta memberikan keselesaan kepada keluarga mereka dengan mampu membeli kereta baru, rumah yang lebih selesa, pendapatan yang lumayan dan sebagainya. 

Madammu komited bantu para wanita

Sebagai pengasas, Madammu tidak hanya selesa duduk di atas, malah beliau aktif membimbing para-para leader dan para usahawan wanita dengan menyediakan satu platform keusahawanan serta kursus keusahawanan atas talian yang telah terbukti berjaya.

Hasilnya, sehingga ke hari ini, NOIR berjaya melahirkan 30,000 para usahawan wanita NOIR serta perintis yang sedang digilap untuk menjadi usahawan wanita luar biasa!

Tak hairanlah NOIR berjaya merangkul beberapa anugerah seperti Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik” dalam  Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019, Nona Top Beauty Entrepreneur 2020, Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam “Kategori Kesihatan &  Kecantikan” dan The BrandLaureate – The World’s  BestBrands e-Branding Awards dalam kategori “Cosmetic and Skin Care  Solution”.

Malah, Madammu juga telah diiktiraf sebagai antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka di negara kita dan dipaparkan dalam majalah Nona terbitan Januari 2020.

Lebih membanggakan, NOIR juga sekali lagi telah menggemparkan negara apabila menjadi syarikat kecil dan sederhana pertama dalam bidang kecantikan dan kosmetik yang  menaja acara hiburan No. 1 di Malaysia iaitu Anugerah Juara Lagu ke-36 dengan konsep persembahan, tatarias pentas dan busana yang sangat menarik.  

Sebagai syarikat tempatan yang telah berjaya mengetengahkan produk berasaskan bahan-bahan premium halal, selamat dan semula jadi secara meluas ke seluruh negara, NOIR terus meningkatkan kekuatan jenamanya dalam mempromosikan produk kecantikan halal dan premium ke seluruh dunia sehingga ke hari ini. 


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/noir-raikan-kejayaan-usahawan-dalam-noir-circle-meeting-2022