Nikah Di Bali, Miller Khan Sah Bergelar Suami Farina Rebecca

![|650x400](upload://8rbPy2Oag3zElXAfWtfrTEGYTVq.jpeg)

Pelakon kacak kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia iaitu Miller Khan telah selamat berkahwin dengan pereka fesyen, Farina Rebecca pada Rabu.

Artikel Berkaitan: Pilih Tarikh Hari Bahagia Sama Dengan Adik, Miller Khan Lamar Kekasih Dalam Helikopter

Artikel Berkaitan: Kongsi Foto ‘Pre-Wedding’, Miller Khan Mula Terima Ucapan Tahniah

Tahniah abang

![|650x1135](upload://twnFjromGxRIZNg6haA1C5LiT00.png)

Berita gembira itu dikongsikan oleh adiknya, aktor Isa Khan menerusi Instagram Stories miliknya. Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan melayangkan ucapan tahniah kepada abang tercinta dan mendoakan agar perkahwinan itu dirahmati Allah.

Alhamdulillah, akhirnya abang saya kahwin! Tahniah abangku, semoga Allah merahmati kami dan isteri.

Difahamkan, majlis tersebut berlangsung di sebuah resort mewah di Bali, Indonesia.

Pilih busana tradisional Betawi

![|650x1165](upload://eall8YNXHMkr0VgZd4VsgMNg9q9.png)

Sementara itu, menerusi beberapa foto perkahwinan yang dikongsikan di media sosial, pasangan itu sepadan mengenakan busana tradisional Betawi. Farina juga kelihatan anggun dengan berkebaya putih.

Ruangan Instagram Stories juga dipenuhi dengan ucapan daripada keluarga terdekat dan teman rapat Miller serta Farina.

Sehingga artikel ini ditulis, OhBulan! masih cuba mendapatkan kenyataan daripada Miller dan Isa.

Sebelum ini, Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan, 34, berkongsi siri foto pra perkahwinan bersama Farina di Instagram mereka sejak Oktober.

Untuk rekod, Miller telah melamar Farina di udara dengan menaiki helikopter pada 11 Mac 2021 ketika dibawa bersiar-siar di Jakarta, Indonesia.

Sumber: Instagram @miller_khan, @theisakhan


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/nikah-di-bali-miller-khan-sah-bergelar-suami-farina-rebecca