Nikah Dengan Jejaka Egypt Selepas Sebulan Kenal, Wanita Ini Jawab Dakwaan Netizen Orang Arab Suka Buat Hal

Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah. Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh.

Sebulan berkawan

Seorang wanita yang dikenali dengan nama ZazaHamo berkongsi kisah percintaannya dengan jejaka berasal dari Egypt.

Menurut Zaza, dia mengenali lelaki itu secara atas talian selama sebulan dan kemudiannya terus menikah. Pasangan ini sepakat memilih untuk bercinta selepas kahwin.

November 2019 berkenalan di Facebook. Disember 2019 bernikah. Alhamdulillah untuk segalanya.

Orang Arab selalu buat hal

@zazahamo Reply to @syarifafathona Bukan sebab Bangsa apa.. its about Individu itself. Kat mana2 pn ada orang baik & tak baik.#muslimcouple #interracialcouple ? original sound – ZazaHamo

Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan netizen yang kurang senang dengan pilihan hati Zaza. Menerusi ruangan komen, pemilik akaun Syarifah Fatanah Abd mendakwa lelaki dari negara Arab suka ‘buat perangai.’

Tidak melatah dengan tanggapan itu, Zaza menekankan perbuatan yang boleh menyebabkan konflik rumah tangga tercetus berpunca daripada perangai individu terbabit.

Yang buat hal itu bukan berdasarkan bangsa apa. Itu atas diri individu. Kat mana-mana pun ada orang baik dan tidak baik. Kita doa yang baik-baik dari Allah.

Jangan fikir negatif. Kalau nak kata dekat Malaysia tak ada yang buat hal, saya rasa banyak masalah rumah tangga. Jadi, kita enjoy our life dengan yang tersayang.

Sumber: TikTok @zazahamo


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/wanita-kongsi-nikah-dengan-jejaka-egypt-selepas-sebulan-kenal-netizen-dakwa-orang-arab-suka-buat-hal