Netizen Kagum Tengok Banglo Mewah Tya Arifin & Asyraf Khalid, Siap Ada Pawagam & Gelanggang Tennis

Rakaman video House Tour banglo mewah milik pasangan Tya Arifin dan Asyraf Khalid yang dikongsi menerusi saluran Youtube menantu Dato Sri Siti Nurhaliza menarik perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: Dapat Banyak Duit Raya, Hasrat Anak Tya Arifin Nak Tolong Orang Susah Buat Netizen Tersentuh

Siap ada pawagam

Menerusi saluran YouTube The Tya’s Family, Tya telah berkongsi sebuah rakaman video ‘house tour’ kediaman banglo mewah Asyraf danTya. Difahamkan rakaman video tersebut dikongsikan bagi memenuhi permintaan para pengikut Tya.

Video yang berdurasi 20 minit itu bermula di bahagian ruang tamu kediaman tersebut dimana memiliki beberapa bahagian ruang tamu yang telah dikhaskan untuk ahli keluarga dan tetamu.

Dekat sini boleh muatkan lebih kurang 8 hingga 10 orang terutamanya tetamu lah. Most of the time kita treat kita punya tetamu dekat sini.

In term of deko ni sebenarnya simple-simple sahaja dan semua ni Tya yang deko sendiri.

Lebih menarik, banglo pasangan ini juga dilengkapi dengan bilik tayangan untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama.

Ini bilik kegemaran i lah.

Cinema room ni most of the time Arif dan Ara lah yang akan tengok dan kita ada dua TV di sini iatu TV biasa dan satu projector. Bestlah lepak dekat sini dengan anak-anak.

Di dalam rakaman tersebut juga memaparkan bilik tetamu, bilik tidur utama, bilik wardrobe, ruang makan, belakang rumah, gelanggang tennis, lif, pejabat.

Jangan pernah berhenti untuk berimpian kadang-kadang impian membuatkan sesuatu jadi kenyataan, paling penting kita kena kuat berusaha.

Di penghujung rakaman, pasangan ini juga sempat menitipkan pesanan dan doa kepada peminat mereka.

Video penuh

Wow dream house ni

Di ruangan komen, rata-ratanya telah meluahkan rasa teruja dan menzahirkan rasa kagum menonton video ‘house tour’ pasangan ini.

Sumber: The Tya’s Family


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/netizen-kagum-tengok-banglo-mewah-tya-arifin-asyraf-khalid-siap-ada-pawagam-gelanggang-tennis