Netizen Dakwa Fattah Amin ‘Awkward’ Di MLS3, Ini Reaksi Sharnaaz Ahmad

Umum tahu, pelakon Sharnaaz Ahmad memikul tanggungjawab menjadi hos Muzikal Lawak Superstar (MLS3) bergandingan dengan selebriti versatil, Elly Mazlein atau lebih mesra sebagai Kak Lina Pom Pom.

Artikel Berkaitan: Netizen Hairan Fattah Amin Tak ‘Drive’, Fazura Nafi Suami Pemalas – ‘Kalau Orang Lain Pandu Saya Akan Pening’

Artikel Berkaitan: Saling ‘Follow’ Di Instagram, Sharnaaz Ahmad Pilih Pramugari Sebagai Kekasih?

Fattah & Sharnaaz berjumpa

Kemunculan aktor Fattah Amin di pentas MLS3 pada Jumaat malam menjadi bualan warganet di media sosial.

Ada pengguna yang mendakwa Fattah kelihatan kaku ketika berada di program yang sama dengan Sharnaaz selepas pernah ‘dingin’ pada tahun 2017.

Tak akan nak bermusuhan lagi

Sharnaaz, 37, tampil bersuara mengenai isu tersebut di Twitter. Kata pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, dia dan Fattah sudah melupakan kisah lama selain menjadi individu yang matang.

Alhamdulillah kami sudah matang. Hal yang dulu kita dah lepas jauh di belakang..

Hidup hari ini lebih positif dan membina. Dah tua kalau nak musuh.. mampuih lah mat.

Sumber: Twitter @SharnaazAhmad


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/netizen-dakwa-fattah-amin-awkward-di-mls3-ini-reaksi-sharnaaz-ahmad