Neelofa Tersalah Komen, Panggil Anak Elisya Sandha ‘Boy’ – ‘#SabarRambutDiaOTW’

Nama selebriti terkenal, Noor Neelofa, kembali menjadi sebutan ramai di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Melahirkan Bunga Elhaq Adalah Pengorbanan Paling Besar’ – Elisya Sandha

Artikel Berkaitan: Neelofa Cuba Elak Bilal Jadi Tumpuan – ‘Rasanya Ini Yang Terbaik’

Tersalah komen

Semua ini gara-gara komen yang ditinggalkan Neelofa menerusi ruangan komen di Instagram (IG) pelakon Elisya Sandha.

Aktres berumur 34 tahun itu menulis ‘Cheeky boy masyaAllah’ yang merujuk kepada anak Elisya yang baru dilahirkan pada pada 18 Jun lalu.

Bagaimanapun, bekas hos MeleTOP itu ditegur netizen kerana anak Elisya, Bunga Elhaq, adalah bayi perempuan bukan lelaki.

Di ruangan komen, ada segelintir warganet yang menyatakan kemungkinan pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor tersilap kerana sudah terbiasa dengan anak lelakinya, Muhammad Bilal.

Sungguh luar biasa

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Sementara itu, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan memuat naik video yang memaparkan Bunga sedang tersenyum.

Menantu kepada pengarah dan penerbit Sheila Rusly itu menulis kapsyen luahan perasaan seorang ibu terhadap anak tercinta dengan disertakan hashtag #SabarRambutDiaOTW.

Terdahulu, Elisya dan suami, Uzair Haqimy melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos tahun lalu selepas hampir tujuh bulan mengikat pertunangan.

Sumber: Instagram @elisyasandhaofficial


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/neelofa-tersalah-komen-panggil-anak-elisya-sandha-boy-sabarrambutdiaotw