‘Neelofa Percaya Redha Ibu Bapa, Dah Tinggi Mana Pun Tetap Dahulukan Mama’ – Noor Kartini

Sebagai ibu, siapa yang tidak bangga dan bahagia apabila anaknya berjaya. Itu yang dirasai usahawan terkenal, Datin Noor Kartini Noor Mohamed selepas menyaksikan kejayaan anak tercinta, Noor Neelofa dalam dunia seni dan perniagaan.

Artikel Berkaitan: ‘Kena Duduk Di Rumah, Neelofa Ingat Berpantang Seronok’ – Noor Kartini

Artikel Berkaitan: Neelofa Lakar Sejarah Miliki Al-Quran Beridentiti Sendiri, Sasar Lebih 30,000 Jualan Untuk Wakaf

Rahsia kejayaan Neelofa

Menerusi Instagram Stories, Noor Kartini berkongsi keperibadian baik Neelofa, 34, yang ramai orang tidak nampak dan harapnya boleh menjadi inspirasi kepada anak muda.

Kata ibu berumur 56 tahun ini, Neelofa merupakan seorang anak yang mendahulukan ibu dalam kehidupannya dan sangat manja.

Lofa (panggilan Neelofa) ini kalau mama (panggilan Noor Kartini) boleh gambarkan dia sangat istimewa. Tiga sikap buat dia berjaya dia sangat jaga ibu bapa, khidmat dia pada mama. Dia percaya dengan redha ibu bapa. Allah bersabda, ‘redha aku datang selepas redha ibu.’

Lofa ni kalau dia kat luar negeri ada event ke apa-apa walau masa berbeza dia mesti tetap akan hubungi mama minta doa, jadi mama malam itu selalu akan terus mengaji atau doa untuk Lofa.

Selepas selesai nanti pembantu peribadi dia akan WhatsApp mama cakap alhamdulillah dah selesai. Dah tinggi mana pun dia memang dia tetap dahulukan mama. Mungkin ini lah rahsia kejayaan dia.

Tak pernah henti tambah ilmu

Noor Kartini menyifatkan pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor adalah anak luar biasa kerana mempunyai kekuatan dan kegigihan yang tidak semua orang mampu lakukan.

Malah, isteri kepada Muhammad Haris Mohd. Ismail ini berjihad dalam mengubah penampilan diri dengan memakai purdah di saat namanya sedang berada di puncak kegemilangan.

Bagi mama, anak yang bernama Lofa ini sangat luar biasa, kekuatan dia, kegigihan dia, pengorbanan dia. Air mata dia jarang orang nampak.

Kita semua boleh tengok jihad dia melawan diri dia sendiri ketika di puncak. Dia mula pakai purdah. Dia berhijrah dan mengaji agama dari mula, panggil ustaz, tak pernah berhenti untuk upgrade diri.

Dalam pada itu, ibu kepada sembilan orang anak ini mendoakan agar impian bekas hos MeleTOP untuk membuka satu empayar perniagaan yang besar akan termakbul.

Semoga cita-cita love (panggilan Neelofa) untuk membuka satu empayar perniagaan yang besar dan luar biasa Allah nampak dan makbulkan. Mama percaya love mampu sebab dia selalu dahulukan hak-hak Allah, suami, ibu dan keluarga. Allah akan dengar doa ini.

Sumber: Instagram @noorkartini


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/neelofa-percaya-redha-ibu-bapa-dah-tinggi-mana-pun-tetap-dahulukan-mama-noor-kartini