Nampak ‘Baby Bump’ Di IG, Netizen Syak Stacy Hamil?

![|650x343](upload://5TTF9lpJx9VtRSlRwfneEkdhMGh.jpeg)

Rata-rata netizen mendakwa pelantun suara ‘Kisah Dongeng’ iaitu Stacy sedang hamil anak kedua berikutan video yang dimuat naik olehnya di Instagram menampakkan ‘baby bump’.

Mengandung ka kak Stacy?

![|650x773](upload://zuKZ8oKBjAwsia8olftKUslDKup.jpeg)

Menerusi video masak yang dimuat naik, rata-rata netizen mendakwa Stacy sedang hamil. Ujar netizen, perut Stacy jelas kelihatan seperti ‘baby bump’ tatkala dirinya sedang sibuk memasak dan mempromosikan sebuah jenama bahan masakan. Bagi mendapatkan kepastian mengenai hal tersebut, netizen sepakat meninggalkan pertanyaan di ruangan komen. Menerusi laporan Harian Metro, Stacy mengaku dia mendapat banyak pertanyaan yang sama dalam kalangan keluarga.

Itulah keluarga saya pun bertanya. Saya tak sempat lagi balas mesej mereka semua. Semalam saya kena migrain teruk sampai muntah-muntah. Ini pun belum pergi klinik lagi. Saya nak buat pemeriksaan juga ni sebab makin gemuk kan?

Terdahulu, Stacy dan Akim baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan keenam mereka. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun.

Reaksi netizen

![|650x86](upload://snMMsMncElyArw2Rb0h7dWVz7np.png)

![|650x84](upload://jPon8BBemTvgmhUCgErEcqKr4u7.png)

![|650x76](upload://fSZqCJwVJJpxi28AqticsGqAWGT.png)

![|650x79](upload://8l6DVMh5MMhoBPmOsMaM2uOtKVJ.png)

![|650x84](upload://51uLl7wOJmbnz7SGLTlVHxMREwD.png)

Rata-rata netizen dan peminat turut mengucapkan tahniah buat Stacy sekiranya penyanyi itu sedang hamil.

Sumber: Stacy


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/nampak-baby-bump-di-ig-netizen-syak-stacy-hamil