Nak Tolak Wawa Zainal Daripada Perahu, Aeril Zafril Dikecam Persenda Kematian Tangmo

Menerusi perkongsian aktif pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, difahamkan mereka kini sedang bercuti di Thailand bersama beberapa individu yang dianggap ‘tulang belakang’ kejayaan perniagaan mereka.

Bagaimanapun, terdapat satu video yang dimuat naik Aeril di laman TikTok yang telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen.

Persendakan kematian Tangmo?

Dalam satu rakaman berdurasi 18 saat, pasangan tersebut dilihat menaiki bot menyelusuri sungai yang dikelilingi kehijauan. Di pertengahan video tersebut, Aeril dilihat seakan mahu menolak Wawa ke dalam sungai, kemudian tertawa seolah-olah puas dengan tindakannya selepas isterinya hilang dari pandangan.

Lebih mengeruhkan lagi, video tersebut turut disunting berlatarbelakangkan sebuah lagu Thailand, lalu mengundang kecaman warga laman Twitter yang mendakwa bapa kepada empat orang cahaya mata itu seperti mempersendakan kematian aktres Thailand, Tangmo Nida yang menggemparkan media sosial tidak lama dahulu.

‘Try hard sangat tu’

Rata-rata warganet mengecam tindakan Aeril itu serta menyifatkan perbuatan itu sangat biadab serta menyelar bahawa lawak yang Aeril cuba sampaikan itu ‘gagal’.

Mungkin menyedari video tersebut dikecam teruk, Aeril dipercayai telah memadam video tersebut daripada akaun TikTok miliknya.

Sumber: Twitter, Tiktok Aeril Zafril


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/nak-tolak-wawa-zainal-daripada-perahu-aeril-zafril-dikecam-persenda-kematian-tangmo