Nak Lihat Sendiri Jentera Juara Dunia Mercedes-AMG PETRONAS Formula 1 Depan Mata? Best Ni!

![|630x305](upload://ogrtvyeEVqO197Sc7tBFPuUUEgf.jpeg)

Berita baik untuk semua peminat sukan permotoran tanah air! PETRONAS bakal membawakan Siri Jelajah PETRONAS Motorsports pada 7 Januari ni selama tiga hari bermula di AutoCity, Juru, Pulau Pinang!

Siri jelajah yang sarat dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga ni juga bakal diadakan di Danga Bay, Johor pada 14 – 16 Januari dan Mahkota Parade, Melaka pada 21 – 23 Januari nanti!

Tengok sendiri jentera Juara Dunia Mercedes-AMG PETRONAS Formula 1 depan mata korang!

![|630x420](upload://8TuAg2uSKA1bV5oZJ6KzwrCl7At.jpeg)

Siri Jelajah PETRONAS Motorsports menjanjikan pengalaman istimewa yang bakal buat korang teruja habis! Antaranya melalui pameran jentera juara dunia Mercedes-AMG PETRONAS Formula 1 khas untuk semua pengunjung!

Haa.. Kalau dah ada depan mata tu korang janganlah tengok je, ambik gambar dan selfie banyak-banyak sekali dengan Mercedes-AMG PETRONAS Formula 1 ni okay!

Bukan senang geng korang nak dapat tengok jentera tersebut depan mata apatah lagi nak bergambar sakan dengan jentera popular yang menjadi kebanggaan kita semua!

Ni satu pengalaman istimewa yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit tau! Kawan-kawan korang pun mesti jealous punya tengok korang posing sakan sebelah Mercedes-AMG PETRONAS Formula 1 ni.

Cuba sendiri simulator Formula One!

![|630x418](upload://kVWDPeqi4dinAjwTX8dVudFxaA6.jpeg)

Gambar hiasan – Kredit gambar: CarThrust

Selalu tengok orang lain je bawak jentera Formula One kan? Apa kata kali ni korang cuba sendiri dan cabar kemampuan diri dengan menyertai pertandingan simulator Formula One.

Barulah boleh tahu power ke tak power skill pemanduan korang tu! Simulator yang disediakan pun bukan biasa-biasa ya, ia bakal membuatkan korang terasa seperti memandu jentera Formula One sebenar!

Bukan itu je, ada banyak lagi permainan interaktif untuk korang cuba bersama kawan-kawan mahupun keluarga tersayang. Senang kata korang tak akan bosan langsung dekat sini sebab ada macam-macam benda untuk di cuba.

Paling penting semuanya dijamin mengujakan dan bakal memberikan korang sebuah pengalaman baru yang sukar untuk dilupakan!

Korang juga boleh beli barangan eksklusif jenama PETRONAS di sini nanti! Ni bukan merchandise biasa-biasa yang korang boleh dapat dekat mana-mana stesen minyak PETRONAS tu tau.

Jom meriahkan Siri Jelajah PETRONAS Motorsports!

![|630x630](upload://gsaGZCEMWo7A3MEF6twM0nYk4Ar.png)

Jangan lupa untuk lock date dan luangkan masa di Siri Jelajah PETRONAS Motorsports berhampiran kawasan korang! Rugi lah kalau korang tak pergi geng, benda macam ni bukannya selalu ada jadi kena lah rasai sendiri pengalaman unik ni okay!

Tapi dalam pada korang teruja nak pergi tu pastikan korang mematuhi SOP yang ditetapkan. Sentiasa pakai pelitup muka, amalkan penjarakan sosial dan paling penting sekali pastikan korang sudah lengkap divaksinasi :)

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Siri Jelajah PETRONAS Motorsports korang boleh lawati laman Instagram rasmi mereka di SINI.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/nak-lihat-sendiri-jentera-juara-dunia-mercedes-amg-petronas-formula-1-depan-mata-best-ni