Nafi Dapat Berlakon Sebab Status Anak PM, Dafi Tak Tolak Jika Dapat Layanan Istimewa – ‘Yang Penting Saya Tak Minta Tawaran Ini’

Penyanyi dan pelakon, Dafi menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya dipilih sebagai pelakon filem ketenteraan, Malbatt : Misi Bakara adalah kerana statusnya sebagai anak kepada Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Nafi dapat tawaran sebab bapa

Bagaimanapun, pemilik nama Gadaffi Ismail Sabri menafikan dakwaan berkenaan dan mengatakan bahawa dia dan pengarah filem, Adrian Teh mempunyai hubungan baik sejak bekerjasama dalam filem Ada Hantu 1.

Tiada apa yang saya boleh cakap andai netizen akan memperkatakan hal ini, yang penting saya tak minta tawaran ini. Sebelum ini, Adrian pernah buat filem PASKAL jadi dia dah ada hubungan baik dengan tentera sejak itu lagi.

Hubungan kerjasama ni wujud sejak ayah saya belum jadi Perdana Menteri lagi dan tawaran ni saya dah terima terlebih dahulu barulah ayah saya tahu. So bukanlah disebabkan ayah saya, saya dapat tawaran ni.

Tak tolak jika dapat layanan istimewa

Ujarnya lagi, dia tidak menolak sekiranya ada pihak yang memberikan layanan istimewa kepada dirinya. Malah penyanyi berusia 34 tahun ini juga meluahkan rasa syukur dengan layanan terbabit.

Saya harap orang tak salah faham dengan apa yang saya cakap ni. Saya tak rasa yang saya ada keistimewaan apabila bercakap tentang status anak Perdana Menteri tu.

Tapi seandainya ada pihak yang melayan saya istimewa tanpa saya minta, saya terima sahaja itu bukan sesuatu yang perlu saya tolak sebaliknya saya bersyukur. Jadi terima kasih kepada ayah saya sebab bekerja keras, saya tumpang sikit je.

Sumber : Gempak


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/nafi-dapat-berlakon-sebab-status-anak-pm-dafi-tak-tolak-jika-dapat-layanan-istimewa-yang-penting-saya-tak-minta-tawaran-ini