Nadzmi Adhwa Kagum Keikhlasan Ardell Dalam Bersedekah, Pernah Keluarkan RM10K Bantu Mangsa Banjir

Foto: nadzmiadhwa

Pelakon, Nadzmi Adhwa mendedahkan isterinya Ardell Aryana tidak pernah berkira soal duit untuk dikeluarkan sekiranya tujuannya adalah untuk membantu orang dalam kesusahan. Nadzmi turut berharap dia juga dapat belajar bagaimana untuk ikhlas dalam pemberian dari isterinya itu.

Ardell keluarkan RM10,000 bantu mangsa banjir

Foto: ardellaryana

Nadzmi mendedahkan isterinya pernah mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 untuk membantu sebuah keluarga yang menjadi mangsa banjir sekitar tahun lalu.

Sebenarnya, banyak yang saya boleh belajar daripada cara isteri. Saya ini nak kena belajar lagi untuk lebih ikhlas dalam memberi, macam dia. Contoh, dalam satu situasi ketika dia bantu sebuah keluarga mangsa banjir, dia tak teragak-agak keluarkan duit RM10,000 begitu saja.

Dia ini memang tak berkira soal duit. Macam saya, akan fikir terlalu banyak duit sebanyak itu, tapi berbeza dengan dia. Isteri saya punya ikhlas boleh beri banyak itu, kalau saya ikhlas hanya RM500 saja.

Tapi kami percaya pada rezeki, sebagai contoh, kami pernah habiskan RM30,000 untuk bantu mangsa banjir. Sehari selepas itu, kami dapat semula jumlah duit itu.

Di sebalik dunia glamour, pasangan selebriti ini juga aktif menjalankan aktiviti-aktiviti kemanusiaan dan juga misi bantuan. Sementara itu, menerusi perkahwinannya dengan bintang Hati Perempuan itu pada September 2019, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arwa Malaikha Urwa yang kini berusia dua tahun.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/nadzmi-adhwa-kagum-keikhlasan-ardell-dalam-bersedekah-pernah-keluarkan-rm10k-bantu-mangsa-banjir