MK K-Clique Nafi Dah Kahwin, Minta Maaf Pada Peminat Yang ‘Broken Heart’

Sebelum ini, penyanyi MK K-Clique seolah sedang menggambarkan bahawa hatinya kini sudah dimiliki setelah memuat naik foto dengan seorang gadis istimewa beserta kapsyen romantis.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Dah Berpunya? Guna Panggilan ‘Sayang’, Peminat Wanita Patah Hati

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Hadir Rumah Terbuka Sambil Pegang Tangan Gadis, Peminat Wanita Patah Hati – ‘Hancur Hati Ku!’

Teman wanita?

Ketika ditemui OhBulan!, MK ditanya adakah wanita yang dikenali dengan nama Hajaar Siti itu teman wanitanya. Tidak mengiyakan atau menafikan, MK, 26, berkata gadis berhijab itu merupakan individu yang dia hargai.

Orang boleh cakap appreciation post (sambil senyum). Saya kongsi sebagai tanda hargai seseorang. Saya kongsi personal life sebab media sosial dah penuh sangat dengan kerja.

Sedikit sebanyak para peminat ingin tau, jadi saya buat. Saya nak peminat anggap wanita tersebut sebagai orang yang saya hargai. Itu sahaja.

MK berkata demikian ketika majlis pratonton filem Rompak yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumput, pada Sabtu.

Masih perbaiki diri

Kemesraan antara pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan dengan gadis itu juga telah menimbulkan dakwaan yang mereka sudah berkahwin.

Namun, katanya lagi, itu hanya spekulasi semata kerana dia masih dalam proses memperbaiki diri sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

Saya belum berkahwin. Saya masih di fasa memperbaiki dan mengenali diri. Adakah saya mampu untuk menuju ke fasa tersebut? Adakah mampu untuk membina keluarga? Saya masih dalam proses itu.

Seperti yang korang tau saya macam mana sebelum ini. Tapi..alhamdulillah selepas pandemik membawa banyak kesan positif.

Dalam pada itu, pelakon drama The Hotel turut memohon maaf kepada peminat yang patah hati dengan menyatakan dia langsung tidak berniat untuk mengecewakan hati mana-mana pihak.

Pertama kali saya minta maaf. Saya tidak berniat untuk mengusik hati sesiapa. Saya tidak berniat untuk mengecewakan sesiapa. Sebab saya hargai setiap individu yang ada di belakang untuk memberi sokongan. Saya sangat hargai peminat.. tanpa mereka siapa la saya.

Sumber: Instagram @hairiwhuut


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/mk-k-clique-nafi-dah-kahwin-minta-maaf-pada-peminat-yang-broken-heart