Mira Filzah Sebak Bila Dengar Anak Menangis Sewaktu Awal Proses Berkhatan

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah tidak dapat menahan sebak apabila anak sulungnya, Wan Khair Amir selamat dikhatankan pada usia yang baru menginjak 30 hari.

Papa dan mama bangga

Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram, Mira amat berbangga selain menyifatkan anaknya itu sangat tenang sepanjang proses berkhatan berlangsung.

Ketahuilah papa dan mama sangat bangga bila mana kamu pandai membawa diri dengan baik semasa berkhatan. Mama sebak dan menitiskan air mata apabila mendengar kamu menangis pada awalnya. Papa tak menangis, tapi sedih jugalah. Tapi sepanjang masa sehingga selesai, kamu tenang dan senyap sahaja. Alhamdulillah, tahniah anakku. Semoga cepat sembuh buat juara kecil tersayang kami!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis turut mendoakan yang terbaik buat kesembuhan dan kesihatan anak bekas pengacara Nona itu.

Sumber: Mira Filzah


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/mira-filzah-sebak-bila-dengar-anak-menangis-sewaktu-awal-proses-berkhatan