Mimi Lana Kongsi Video Bersenam, Warganet Suruh Henti ‘Body Shaming’ – ‘Work Out Bukan Untuk Nak Nampak Kurus’

![|650x400](upload://r6g0B2wI5wBWUH9Bm40ic17DV9S.jpeg)

Gara-gara memiliki tubuh yang dikatakan terlalu kurus, pelakon Mimi Lana sering terkena tempias body shaming daripada warganet.

Artikel Berkaitan: Badan Disamakan Macam Papan Plywood, Mimi Lana Kena ‘Body Shaming’

Back on track

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Terbaru, Mimi, 26, sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik sebuah rakaman video ketika melakukan aktiviti work out di sebuah gimnasium.

Menerusi laman Instagram (IG) miliknya, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin memberitahu dia kembali bersenam selepas tiga bulan ‘cuti’.

Work out bukan nak kurus

![|650x944](upload://wMo9JrMtCuSJHCVXzQOI56PUobT.jpeg)

![|650x1014](upload://hLnGttrQRqZGdkJZ0j4CryghGAV.jpeg)

Bagaimanapun, ruang komen dipenuhi dengan netizen yang tidak berpuas hati dengan fizikal Mimi.

Namun, ada segelintir wargamaya yang menegaskan work out bukan semata mata untuk kurus tetapi lebih pada kekal fit. Justeru, mereka berharap agar tidak berulang lagi body shaming dan membiarkan pelakon filem Pusaka itu selesa dengan penampilan dirinya.

 

Sumber: Instagram @missmimilana


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/mimi-lana-kongsi-video-bersenam-warganet-suruh-henti-body-shaming-work-out-bukan-untuk-nak-nampak-kurus