Mia Ahmad Kagum Ibu Tunggal Boleh ‘Survive’ Besarkan Anak Tanpa Suami Di Sisi

![|650x315](upload://kyu4ExYxYbFf4VerwE5Ohs640MQ.jpeg)

Pelakon, Mia Ahmad meluahkan rasa kagum terhadap ibu tunggal yang boleh membesarkan anak-anak secara sendiri tanpa keberadaan suami di sisi.

Berdepan pelbagai cabaran

![|650x700](upload://nP20PZor5dAmEwVDoFi1jvmxztT.jpeg)

Menurut Mia Ahmad, dia berasa sangat sukar apabila menjaga dua orang anaknya secara sendiri tanpa suami, Mohd Izham Tarmizi di sisi. Ujar Mia, dia terpaksa berdepan pelbagai cabaran seperti anak tidak sihat, menangis dan bergaduh tatkala Izham tiada di rumah dalam tempoh beberapa minggu ini.

Selepas beberapa minggu suami tak ada, not easy but taught me a lot. The struggle is so real. Anak-anak menangis serentak, berebut barang, tarik telekung time mommy solat, Issa menangis sakit perut tengah malam. Macam-macam experienced that makes me think macam mana dengan single mom yang boleh survive dekat luar sana. Kudos to all the single moms who have always been strong.

Jelas Mia lagi, pengalaman tersebut berjaya membuatkan dirinya berfikir sejenak mengenai nasib ibu tunggal yang terpaksa menjaga anak-anak seorang diri. Mia turut memberi kata-kata semangat kepada ibu tunggal di luar sana agar mereka sentiasa kuat dan berjaya membesarkan anak-anak dengan baik.

Susah nak jaga anak seorang diri

![|650x952](upload://kdNT4u9Q6OFapTDchpp8xzappje.png)

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa susah untuk menjaga anak seorang diri. Menurut netizen, kerja menjaga anak ini perlu dilakukan oleh suami dan isteri. Ini kerana, anak-anak dapat merasakan kasih sayang daripada kedua-duanya. Di samping itu, ianya dapat meringankan beban para ibu setelah seharian sibuk melakukan kerja rumah.

Terdahulu, pemain dan pegawai kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berlepas ke Dubai untuk perlawanan pra-musim sebagai persiapan menghadapi perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Liga Asia (ACL) dan Liga Malaysia. Ketika kebanyakan pasukan Liga Malaysia mengadakan pra musim di Malaysia, JDT memilih Dubai untuk beberapa siri perlawanan persahabatan dan aktiviti bersama pasukan tersebut. Ini merupakan kali kedua JDT melawat Dubai untuk pra-musim, sama seperti yang dilakukan pada tahun 2020.

Sumber: Mia Ahmad


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/mia-ahmad-kagum-ibu-tunggal-boleh-survive-besarkan-anak-tanpa-suami-di-sisi