Merayu Dilepaskan Sebab Nak Raya, Wanita Myanmar ‘Terciduk’ Jawab Soalan Pasal Solat – ‘Subuh 4 Rakaat, Zuhur 12 Rakaat’

Kemasukan asing tanpa izin (PATI) di negara ini dalam skala besar sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat kerana ada segelintir mereka yang terlibat dengan jenayah. Susulan daripada itu, pihak berkuasa telah mengambil pelbagai tindakan bagi mengurangkan jumlah PATI di Malaysia.

Operasi di Pasar Besar Selayang

Menerusi rancangan 999 di TV3, memaparkan satu operasi dijalankan oleh pihak berkuasa di sekitar kawasan Pasar Besar Selayang, Selangor. Difahamkan, seawal jam 6.00 pagi lagi seramai 100 orang penguatkuasa dari Jabatan Imigresen Malaysia hadir bagi mengesan PATI.

Seperti biasa apabila ditangkap pasti akan ada yang cuba untuk meraih simpati daripada pihak berkuasa agar mereka dilepaskan. Pada episod tersebut majoriti warga asing yang ditangkap meminta untuk dilepaskan kerana ingin menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagaimanapun, status agama mereka diragui kerana kesemuanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Apa yang menarik perhatian warganet apabila seorang wanita Myanmar yang ditangkap mengaku agama Islam, namun apabila ditanya berapa rakaat dalam solat Subuh dan solat Zuhur, dia tersilap memberikan jawapan.

Saya Myanmar Islam. Solat subuh 4 rakaat, Zuhur 12 rakaat.

Video penuh

@tunhizamihashim Subuh 4 rakaat, Zuhur 12 rakaat.. #999tv3 #jenayahmembawapadah ? original sound – Tun Hizami Hashim (999 TV3)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jawapan yang diberikan oleh wanita berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang   berharap agar isu PATI ini dapat dikurangkan.

Sumber : Tun Hizami Hashim


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/merayu-dilepaskan-sebab-nak-raya-wanita-myanmar-terciduk-jawab-soalan-pasal-solat-subuh-4-rakaat-zuhur-12-rakaat