Menu Kegemaran Ramai, KFC Double Down Kini Kembali!

Ramadan tahun ini sudah cukup meriah dengan adanya kembali bazar dan pembukaan restoran-restoran untuk kita berbuka secara dine-in!

Untuk memeriahkan lagi Ramadan dan sambutan Syawal tahun ini, KFC Malaysia mengumumkan hidangan KFC Double Down kembali lagi mulai 14 April ini!

 Zinger Double Down dan Cheezilla Double Down ni memberikan kepuasan berganda buat penggemar ayam!

Dengan konsep ‘semua daging, tanpa roti’, duo KFC Double Down iaitu Zinger Double Down dan Cheezilla Double Down ni sememangnya berjaya memikat hati penggemar ayam, menjadikan ia menu yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun!

Orang ramai boleh merasai sendiri kelazatan Zinger Double Down yang dibuat dari kepingan ayam rangup, keju cheddar, mayonis dan sos keju Jalapeno istimewa serta diapit bersama filet Hot & Spicy Zinger.

Fuhhhh, memang layan habis!

Hidangan Cheezilla Double Down turut menjanjikan kepuasan yang sama apabila dihasilkan dengan kepingan keju mozarela yang digoreng sehingga perang keemasan selain memberikan kepuasan tarikan keju lengkap dengan tekstur gebu, lembut dan kenyal.

Dapatkan hari ini! Nak delivery,self-collect atau Pandu Ambil semua boleh!

Korang boleh nikmati keenakan kedua-dua pilihan Double Down ni, di semua restoran KFC bersama seisi keluarga atau dapatkan dengan lebih selamat dan mudah melalui KFC Delivery, Self Collect atau Pandu Ambil sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut, layari www.kfc.com.my atau muat turun aplikasi KFC Malaysia.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/menu-kegemaran-ramai-kfc-double-down-kini-kembali