Mentua Bermasalah Bila Suka Banding, ‘Pilih Bulu’ & Kawal Menantu – Ustaz Elyas Dedah

![|650x630](upload://l84gMqww80kr8XudlJ3dYEXALFm.jpeg)

Memiliki mentua yang rapat serta baik merupakan perkara yang paling diidam oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun, tidak semua bernasib baik memiliki mentua seperti yang diinginkan.

Memang sedih ada mentua jenis macam ni

![|650x426](upload://8ChQPPKTXDGPUjbol9zI0XkiGHs.png)

Menerusi perkongsian Ustaz Elyas Ismail di TikTok, mendedahkan tiga jenis mentua yang paling bermasalah. Antaranya mentua yang ‘pilih bulu’ serta membandingkan menantu.

Ujarnya lagi, jika anak menantu itu bergaji besar atau berjawatan yang tinggi, mentua akan memberi layanan lebih sikit berbanding yang lain.

Kedua adalah mentua yang jenis mata duitan. Dia pandang dalam kalangan menantu-menantu ni siapa yang paling banyak duit dengan yang paling banyak harta.

Ada juga mentua yang jenis suka mengongkong. Semua benda dia nak control padahal dalam hidup anak menantu biarlah mereka yang membuat keputusan. Ibu bapa dan mentua hanya bagi pandangan atau bagi idea saja.

Susah hidup anak menantu kalau ibu bapa macam ni

![|650x646](upload://iSsJeqRD0VaXkxPNgYo3imgBYB.png)

Dalam pada itu, Ustaz Elyas sempat berkongsi mengenai tiga jenis ibu bapa yang berhati kotor seperti ibu bapa yang berasa dengki atau cemburu dengan kebahagian anak menantu walaupun mereka seharusnya tumpang gembira dengan kebahagian anak menantu.

Yang kedua dia cuma memudaratkan hubungan anak menantu. Anak menantu ni ada selisih faham ada sesuatu yang tak kena dia pergi buat teruk. Dia sihirkan menantu dia pulak.

Jenis yang ibu bapa yang menceritakan keburukan pasal anak menantu dia. Siang malam cerita keburukan aib anak menantu dia. Tak sepatutnya jadi macam tu. Sikit sebanyak kita minta perlindungan dari Allah SWT daripada ibu bapa seperti ini.

Video penuh

@ustazelyasismail Memang sedih kalau ada mertua jenis macam ni..#fyp #foryourpage #fyp? #keluarga #suamiistri ? Kiss the Rain – Elise Bechstein

@ustazelyasismail Susah hidup anak menantu kalau mak ayah macam ni..moga dijauhkan jadi mak ayah seperti 3 ini#fyp? #fyp #foryourpage #suamiistri #keluarga ? Kiss the Rain – Richard Abel

Sumber : ustazelyasismail


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/mentua-bermasalah-bila-suka-banding-pilih-bulu-kawal-menantu-ustaz-elyas-dedah