Mengaku Sudah Kahwin Buat Kali Kedua, Azlee Khairi Tamat Zaman Duda Tahun Lepas – ‘Ini Perkahwinan Kali Kedua Buat Isteri Juga’

![|650x396](upload://qrOHrF0PzHryzvv0TigvvzRzBFF.png)

Selepas setahun mendirikan rumah tangga, pelakon kacak, Azlee Khairi akhirnya mengesahkan yang dia sudah berkahwin buat kali kedua.

Mengaku bernikah kali kedua

![|650x780](upload://2tShaU7wytoYUXAjkQdFuYfKtAU.png)

Azlee yang pernah popular menerusi drama Love You Mr Arrogant pada tahun 2013 bernikah pada Januari 2021 dengan kru penerbangan yang mahu dikenali dengan nama Nurul Hidayah atau Dhiya. Azlee sebelum ini pernah berkahwin ketika namanya berada di puncak populariti dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014. Ketika itu dia memilih menetap di sana dan tidak lagi aktif berlakon.

Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri dan memiliki dua anak. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar akan hal itu. Alhamdulilah perkongsian hidup kami kini turut dikurniakan anak lelaki berusia lima bulan. Majlis nikah kami pun secara atas talian secara sederhana dan dibuat membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing masing.

Bagaimanapun sekitar November 2019, Azlee kembali ke Malaysia dan berlakon semula. Pada 2020, dia turut mengesahkan yang dirinya bukan lagi suami orang. Terdahulu, entri perkongsian gambar sambutan hari lahirnya yang ke 33 tahun dimuat naik empat hari lalu di Instagram turut mengundang pelbagai spekulasi.

Waktu yang terbaik untuk memberi penjelasan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by azleekhairiofficial (@azleekhairiofficial)

Saya rasa ini waktu yang terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun saya jenis yang tak suka menggembar gemburkan hal peribadi. Cuma ada yang yang netizen salah faham dan mengandaikan saya sudah ada dua anak. Salah seorang itu, anak tiri saya sebenarnya.

Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee berkata dia dan isteri sepatutnya mengadakan majlis persandingan pada Mac tahun lalu. Bagaimanapun kerana situasi semasa COVID-19, perancangan itu tergendala.

Selepas setahun juga, majlis yang ditunda itu akan diadakan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota. Masa itu, saya akan berkongsi juga gambar pernikahan kami. Saya kena hormat permintaan keluarga masing masing.

Disoal mengenai kisah perkahwinannya yang terdahulu dan kedua kelihatan penuh misteri dan rahsia, Azlee percaya semua yang terjadi sesuatu yang tak terduga.

Saya percaya soal kahwin ini paling penting keluarga tahu sudah memadai. Selepas itu, apa juga percaturan atau kesudahannya kita ikut rentak saja. Saya ‘just go with the flow’. Seperti mana manusia dan lelaki lain yang mendambakan kebahagiaan, saya tidak terkecuali. Cuma ada kalanya apa yang kita harap dan impikan tidak berakhir dengan kemanisan. Macam perkahwinan pertama saya yang tidak kekal. Sebelum berjumpa isteri pun saya ada kenal dan bercinta dengan orang lain. Tapi putus di tengah jalan. Ia proses kehidupan yang semua kena lalui. Apa pun, saya harap ikatan perkahwinan kali ini akan dirahmati dan kekal sampai bila-bila.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/mengaku-sudah-kahwin-buat-kali-kedua-azlee-khairi-tamat-zaman-duda-tahun-lepas-ini-perkahwinan-kali-kedua-buat-isteri-juga