Menarik Di AJL36: Pelukan Angkasa Sentuh Hati Peminat, Marsha Milan ‘Struggle’ Baru Lepas Positif Covid-19

![|650x414](upload://xcApWMVFiiMZRyFKcRHfmhr5m2W.jpeg)

Walaupun Anugerah Juara Lagu ke-36 sudah melabuhkan tirai pada 6 Mac lalu namun kemeriahan anugerah berprestij di Malaysia itu masih dirasai hingga ke hari ini. Mana tidaknya, semua peserta memang all out dari segi vokal, persembahan dan pakaian yang diperagakan pada malam itu.

Untuk korang yang terlepas menonton AJL36, kami kongsikan kembali momen menarik yang berlaku sepanjang AJL36 berlangsung.

Vokal & persembahan Marsha terbaik!

![|650x569](upload://wFKaEGClVDPHfJvrnwL5JzFHc15.jpeg)

Setelah 17 tahun menapak dalam industri nyanyian, siapa sangka Marsha Milan Londoh akhirnya berjaya dinobatkan sebagai naib suara dan pemenang persembahan terbaik di AJL36. Pelantun lagu Cinta ini juga pernah bertanding sebanyak 7 kali tetapi tidak pernah sekali pun naik pentas menerima trofi. Tetapi tahun ini, Marsha berjaya menggenggam dua trofi sekaligus! Lontaran suara dan persembahan hebat dari Marsha telah mendapat standing ovation daripada para penonton. Memang goosebump!

Difahamkan Marsha dijangkiti Covid-19 ketika sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk lagu Cinta namun kembali pulih beberapa hari sebelum rehearsal. Komposer lagu Cinta, Stacy turut kagum dengan semangat Marsha yang memberikan yang terbaik ketika menyampaikan lagu ini.

Mahu menangis nampak usaha yang dia (Marsha) bagi dalam tanggungjawab sebagai orang yang menyampaikan lagu Cinta dengan baik semalam

Korang tonton sendiri persembahan yang berjaya menobatkan Marsha sebagai naib juara.

Naim Daniel vs Billie Eilish

![|650x403](upload://9ZtMUWGlO9kN8eMXJalli9V55zp.jpeg)

Nampak sama tapi bukan dia! Persembahan luar biasa dan kreatif yang dipersembahkan Naim Daniel di pentas AJL36 sememangnya mendapat pujian ramai. Penyanyi berbakat ini cukup bertenaga dan penuh dengan penghayatan saat mendengdangkan lagu Purnama.

Tetapi paling ramai terpegun apabila melihat aksi berani Naim Daniel yang berdiri di atas katil yang tergantung sepanjang persembahan berlangsung. Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen mendakwa persembahan ‘set katil’ Naim Daniel pada malam itu seakan sama dengan persembahan penyanyi antarabangsa, Billie Eilish di pentas Coachella Valley Music And Arts Festival pada tahun 2019.

Persembahan memukai SOG & Shila Amzah

![|650x400](upload://zvKQfvt5jC7XPGuGM5r47qHiOtN.jpeg)

Walaupun ramai yang tidak menjangkakan kemenangan lagu Pelukan Angkasa hasil kerjasama kumpulan SOG dengan Shila Amzah di AJL36, namun lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishamudin itu sebenarnya mempunyai kekuatan yang tersendiri. Bayangkan karya empat tahun lalu akhirnya membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara. Kemenangan ini juga secara tidak langsung mampu membuka mata ramai orang terutamanya peminat muzik tanah air mengenai kualiti dan kekuatan sesuatu karya daripada band indie.

Ketua juri AJL36 Datuk Mokhzani Ismail menerusi laporan Berita Harian menyifatkan lagu Pelukan Angkasa kolaborasi SOG dan Shila Amzah yang diangkat sebagai juara hadir dengan satu pakej muzik lengkap dan berbeza.

Unsur atau elemen yang pelbagai dalam lagu Pelukan Angkasa termasuk menggabungkan elemen tradisional dan moden yang menjadi nadi kepada penghasilan lagu ini.

Selepas dinobatkan juara, video persembahan lagu Pelukan Angkasa pada malam anugerah telah meraih lebih 1.4 juta tontonan setakat ini.

Nabila Huda vs Statue of Liberty (New York)

![|650x403](upload://AslUg1dT5ENJxnDfo9q5QcF2U9G.jpeg)

Selain para peserta, pengacara AJL36 iaitu Nabila Huda turut menjadi tumpuan para penonton. Aksesori rambut yang digayakan Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil disamakan dengan Statue of Liberty New York. Walaupun ini baru pertama kali bergandingan bersama penyanyi yang juga pengacara, Alif Satar di pentas berprestij AJL36 tetapi cara penyampaian Abil yang bersahaja sangat membanggakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Bukan itu sahaja, aksi Nabila Huda yang hampir ‘terpelecok’ ketika sedang mengacara di pentas AJL36 juga menjadi perhatian ramai. Nasib baik pandai cover!

Persembahan pembuka & penutup tirai

![|650x403](upload://h86BNKCYopFHk3iYPZCikSMfLpj.jpeg)

Malam kemuncak AJL36 telah diserikan dengan persembahan pembuka tirai oleh penyanyi hebat tanah air iaitu Mas Idayu, Datuk Jamal Abdillah, Ayda Jebat dan kumpulan Cassia. Penampilan khas Dayang Nurfaizah dengan membawakan lagu khas Noir yang menjadi penaja utama AJL36 juga menghiburkan.

Tetapi persembahan yang dinanti-nantikan oleh para penonton adalah persembahan bertenaga daripada kumpulan rock legenda, Wings. Kumpulan penyanyi legend ini membawa lagu berjudul Taman Rashidah Utama, Hukum Karma, Harapan dan Opera Hidup. Tak dinafikan, ramai penonton ‘naik sheikh’ ketika persembahan kumpulan rock ini berlangsung.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/menarik-di-ajl36-pelukan-angkasa-sentuh-hati-peminat-marsha-milan-struggle-baru-lepas-positif-covid-19