Menari TikTok Sampai Suami Geleng Kepala, Ain Edruce Ditegur Netizen – ‘Lebih Manis Kalau Tak Terkinja-Kinja’

n![|650x400](upload://kpSns7wlgMlaOsLPP6S0gH2sTLN.jpeg)

Pelakon dan pengacara tinggi lampai, Ain Edruce, memang tidak boleh dipisahkan dengan aplikasi TikTok. Mana tidaknya, sebelum melahirkan anak perempuannya, Soraya, Ain sempat memuat naik sebuah video sebagai perkongsian kepada pengikutnya yang sentiasa memberi sokongan.

Artikel Berkaitan: Ain Edruce Selamat Lahirkan Anak Sulung. Sempat Lagi Buat TikTok! 

Sibuk menari

Terbaru, Ain, 30, ada berkongsi rakaman video dia sedang menari untuk kandungan (content) TikTok. Mengenakan pakaian berwarna hitam beserta seluar legging, Ain kelihatan bersemangat dengan mimik mukanya.

Turut sama kelihatan adalah suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa yang sedang menguruskan Soraya. Amirul yang berada di belakang Ain hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan isteri tercinta.

Sampai geleng dah suami dia

![|650x766](upload://3XoD0NOiwuQiPqD6HjZXPdCpzNt.jpeg)

![|650x739](upload://5E3IJu5ckKm9lCYQBJsyvHFIJXj.jpeg)

Bagaimanapun, video itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Rata-rata warganet menasihati pelakon drama Kekasih Paksa Rela agar menitikberatkan penjagaan aurat dan maruah suaminya.

Di samping itu, ada juga segelintir netizen yang menegur supaya Ain mengubah diri memandangkan statusnya sekarang sebagai seorang isteri dan ibu.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat 4.5 juta tontonan dan hampir 4,000 komen.

Terdahulu, hanya dengan sekali lafaz, pengacara itu selamat diijabkabulkan bersama pasangannya yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Soraya pada 19 Mei lalu di pusat perubatan swasta.

Sumber: TikTok @ainedruce91


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/menari-tiktok-sampai-suami-geleng-kepala-ain-edruce-ditegur-netizen-lebih-manis-kalau-tak-terkinja-kinja