Mat Dan, Fizie & Mek Zura Penyampai Radio Molek FM

![|650x356](upload://Ajbwi6lW0Gr5bGaPykdSArSwnjf.jpeg)

Molek FM merupakan salah satu stesen di bawah Media Prima Audio (MPA) menyasarkan untuk menjadi stesen radio yang akan memberikan hiburan dan pada masa yang sama meraikan komuniti Pantai Timur menerusi gaya hidup, warisan, tradisi setempat serta akan memutarkan muzik terbaik yang dikenali ramai.

Artikel Berkaitan: Molek FM Saluran Radio Terbaru Buat Warga Pantai Timur Bermula Januari 2022 – ‘Gu Pantai Timur’

Molek FM untuk pendengar pantai timur

Kalau korang nak tahu, Molek FM menampilkan barisan penyampai yang sudah pastinya akan menghiburkan para pendengar dengan celoteh serta perkongisan yang penuh informatif sekali gus memberikan aura positif. Peneraju utama bagi segmen pagi Molek FM ialah Mek Zura (Siti Azuraina Sheik Omar) dan Fizie (Mohamad Hafizie Roslan) yang akan ke udara setiap hari Ahad hingga Khamis jam 6 pagi hingga 10 pagi. Antara pengisian menarik yang akan disajikan menerusi Molek Pagi ialah segmen Goreng Pisang, Rakyat of the Month dan peraduan menarik, Nyanyi Molek di mana pendengar berpeluang memenangi wang tunai.

Segmen seterusnya iaitu Molek 10-3 yang akan ke udara bermula 10 pagi hingga 3 petang setiap Ahad hingga Khamis akan dikendalikan oleh Izzul (Mohd Izzul Nazmi Mazri). Molek 10-3 akan mempersembahkan pengisian yang memfokuskan kepada muzik, di mana segmen istimewa Gu Gerai yang akan memberi peluang kepada mereka yang bekerja atau berada di gerai-gerai sekitar Kelantan dan Terengganu untuk membuat permintaan lagu.

Apa yang lebih lagi best, Molek FM turut menampilkan pempengaruh United Kingdom iaitu Mat Dan (Tyler Daniel James) yang akan ke udara menerusi segmen Molek Petang bermula 3 petang hingga 7 malam, Ahad hingga Khamis. Segmen Molek Petang menyajikan pelbagai program yang lebih ‘ringan’ dan perkongsian santai seperti Jumpa di TikTok (perkongsian daripada pengisian menarik di TikTok) dan juga Awok Comey di mana pendengar berpeluang untuk berinteraksi bersama Mat Dan untuk berkongsi cerita harian mereka.

Seterusnya, penyampai Molek FM iaitu Kai Hassan (Abdul Karim Hassan) akan menemani para pendengar menerusi segmen Molek Malam bermula 8 malam hingga 12 tengah malam pada setiap hari Ahad hingga Khamis. Seleksi segmen kerohanian akan menemani pendengar Molek FM setiap hari bermula 7 malam hingga 8 malam menerusi segmen Renungan Molek yang akan ditemani oleh tetamu jemputan.

Harap sokongan daripada orang ramai

![|650x356](upload://hxXVSAcqG8DFeMBNhpjZNeeKDgh.jpeg)

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran berharap agar para pendengar dapat menyokong Molek FM dan semua stesen di bawah naungan Media Prima Audio.

Melalui Molek FM, kami yakin mampu meneroka lebih banyak idea dari pelbagai dimensi yang kreatif untuk pasaran dan pendengar pantai timur dalam misi untuk meraikan komuniti menerusi gaya hidup, warisan dan tradisi lokal. Pastinya impak yang positif diharapkan buat semua pendengar dengan pengisian dan penyampai yang lebih dekat dengan masyarakat Pantai Timur

Kami telah merencanakan pelbagai pengisian dan kempen yang kami harap dapat menambat hati para pendengar Molek FM di pantai timur dan Malaysia, secara amnya kerana Molek FM juga boleh didengari melalui penstriman dalam talian samada melalui laman sesawang ataupun akaun YouTube Molek FM.

Apa yang lebih menarik perhatian, bersempena dengan pelancaran Molek FM para pendengar berpeluang untuk memenangi sebuah trak pikap baharu, Nissan Navara menerusi peraduan Lagu Molek Navara.

Jadi tunggu apa lagi, korang jangan lepaskan peluang untuk dengarkan Molek FM menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu serta secara live streaming di MolekFM atau YouTube.

Bukan itu sahaja, kalau korang nak dapatkan latest update terkini Molek FM jangan lupa untuk terus follow di platfom FacebookInstagram, Twitter dan YouTube.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/mat-dan-fizie-mek-zura-penyampai-radio-molek-fm