Masya Masyitah Suka Tengok Trend Fesyen, Jawab Isu Bertindik Di Hidung

Penyanyi Masya Masyitah tampil memberi penjelasan mengenai penampilan dirinya yang dianggap keterlaluan untuk seorang wanita berhijab.

Artikel Berkaitan: Batas Pergaulan Tidak Dijaga, Fesyen Masya Masyitah Dikecam Netizen

Terima teguran

Menurut Masya, 22, dia mengakui gemar mengikuti trend terbaru yang menjadi buruan pencinta fesyen. Kata pemilik nama Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, dia enggan bertekak mulut dengan netizen biarpun teruk dikritik.

Jujurnya saya suka tengok trend fesyen sekarang. Tentang komen netizen, saya tak hiraukan dan balas sebab kalau nak jawab, kita pun tahu hukum hakam.

Saya terima dan ambil risiko apabila pakai macam tu. Jadi tak boleh bising sangat. Bila mereka tegur, saya terima dan perlahan-lahan cuba ubah ke arah lebih baik.

Gaya lebih ‘groovy’

Menjawab isu bertindik yang dikatakan kelihatan seperti lembu, penyanyi berumur 22 tahun menyatakan itu hanya tindik pakai buang.

Saya tak nak kata apa.. sebenarnya ada betul juga! Untuk pengetahuan saya tidak menindik hidung secara kekal.

Ia merupakan tindik palsu yang pakai buang. Nak bagi nampak jahat dalam klip video.

Dalam pada itu, Juara Ceria Popstar Musim Kedua menjelaskan imej sebegitu hanya dipakai untuk muzik video single terbarunya.

Saya berimej begitu kerana mengikut kehendak klip video. Tajuk lagu pun Simpanan, jadi orang kata nak cuba gaya lebih groovy sikit.

Sumber: Instagram @masyitah_masya


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/masya-masyitah-suka-tengok-trend-fesyen-jawab-isu-bertindik-di-hidung