‘Masuk Pejabat Atau Kami Anggap Anda Letak Jawatan’ – Elon Musk Tak Terima Kerja Dari Rumah

Lelaki terkaya di dunia, Elon Musk sekali lagi mencetus bualan hangat netizen selepas satu e-mel yang dihantar kepada pekerja salah satu syarikat miliknya, Tesla, tular di media sosial.

Musk yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu mengarahkan kakitangannya kembali ke pejabat atau meninggalkan syarikat itu.

‘Bila kali terakhir syarikat lain keluarkan produk hebat?’

Foto: Sundry

Memetik laporan Reuters, e-mel yang dihantar sendiri oleh alamat e-mel Musk itu memohon agar pekerja melengkapkan 40 jam waktu bekerja di pejabat, dan sekiranya tidak hadir, mereka akan dianggap telah meletak jawatan.

Semua di Tesla perlu menghabiskan minimum 40 jam seminggu di pejabat

Jika tidak hadir, kami menganggap anda telah meletak jawatan.

Semakin tinggi jawatan anda, kehadiran anda perlu lebih nyata .

Tambah Musk lagi, meskipun dia berjawatan CEO, dia sentiasa turun ke kilang, dan disebabkan itu syarikat tersebut masih berdiri teguh.

Itulah sebabnya saya sentiasa berada di kilang – supaya mereka yang berada di barisan boleh melihat saya bekerja bersama. Jika saya tidak melakukan sedemikian, Tesla telah lama bankrap.

Ada beberapa syarikat yang tidak memerlukan ini, namun bila kali terakhir mereka mengeluarkan produk baharu yang hebat? Telah agak lama.

Tesla telah dan akan, malah sebenarnya mengeluarkan produk yang paling bermakna dan mengujakan berbanding mana-mana syarikat di dunia ini. Ini tidak akan berlaku dengan hanya menelefon.

Sumber: Reuters


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/masuk-pejabat-atau-kami-anggap-anda-letak-jawatan-elon-musk-tak-terima-kerja-dari-rumah