‘Maryam Dah Nak Ada Adik’ – Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ Isteri, Fizo Omar Terus Kunci Mulut

![|650x400](upload://eQyviQHuqbtgrOPLngSHGvqJAtM.jpeg)

Isteri kepada pelakon dan usahawan Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri mencuri perhatian netizen selepas didakwa sedang berbadan dua.

Artikel Berkaitan: Muncul Khabar Angin Fizo Omar Nikah 21 Oktober Ini, Bekas Isteri Doakan Yang Terbaik – ‘Semoga Lebih Matang Dari Segi Keputusan’

Nampak baby bump?

![|650x526](upload://aN6f0HsLg0YtRhG0W8ybIjuSA8R.jpeg)

Menerusi perkongsian foto dan video di Instagram (IG), rata-rata warganet memberi tumpuan kepada penampilan Fazeera ketika berkunjung ke sebuah taman tema di Johor Bahru.

Ruangan hantaran tersebut mula dipenuhi dengan komen ‘baby bump’ biarpun empunya badan belum membuat sebarang pengesahan.

Ramai dalam kalangan peminat mula menunjukkan rasa teruja lantas menitipkan ucapan tahniah kepada bekas pramugari itu.

Macam terlihat isteri mengandung ya.

Minggu lepas Maryam minta terus minggu ini dapat. Bagus daddy ni.

Mcaam nampak baby bump.

Maryam dah nak ada adik.

Tak buka mulut

![|650x794](upload://soEQcYT1Xh5T12uLHslzRrSVa2P.jpeg)

Usaha OhBulan! untuk mendapat penegsahan daripada pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar tidak berjaya apabila kiriman mesej yang dihantar di aplikasi WhatsApp belum berbalas.

Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Terdahulu, Fizo pernah bernikah dengan usahawan Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Instagram @fizoomar


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/maryam-dah-nak-ada-adik-netizen-dakwa-nampak-baby-bump-isteri-fizo-omar-terus-kunci-mulut