Mampukah Mail Kumpul Duit Sebanyak RM51k Untuk Meminang Mira Dalam Drama ‘Oh My Hantaran’?

![|650x444](upload://8tSc0x1AYZkqXIqzLfCT8xmPRhd.png)

Drama bersiri terbaru, Oh My Hantaran yang menghiasi slot Diandra TV9 telah ditayangkan sejak 29 Disember lalu, pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 8.30 malam. Drama bersiri ini diterbitkan oleh Tanah Beris Film dan diarahkan oleh Shuhaimi Lua menampilkan barisan pelakon hebat seperti Elisya Sandha, Noki K-Clique dan MK K-Clique serta ramai lagi.

Hubungan Mail dan Mira tidak direstui

![|650x406](upload://yirV1Bj7gY7R1Qw8JE0KpjMY2mj.jpeg)

Drama bersiri 20 episod ini mengisahkan Mira (Elisya Sandha) seorang gadis idamana para jejaka di kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique). Mail merupakan seorang pemuda kampung yang sangat menghormati orang tua dan rajin berusaha.

Walau bagaimanapun, hubungan mereka tidak direstui oleh bapa Mira, Encik Sabri kerana bapanya ingin anaknya itu berkahwin dengan anak kepada ketua kampung iaitu Rizal (MK K-Clique). Rizal bakal mewarisi tanah serta perniagaan ayahnya di kampung. Tetapi sebenarnya Rizal adalah seorang gangster kampung yang digeruni oleh pemuda di kampung, namun selalu berlakon menjadi budak baik di depan orang tua.

Jika Mail ingin berkahwin dengan Mira, Encik Sabri menetapkan syarat kepadanya untuk menyediakan wang hantaran sebanyak RM51,000 dalam masa sebulan. Demi cinta, Mail berusaha untuk mengumpul duit berkenaan dalam tempoh yang singkat.

Namun, Rizal yang menyukai Mira sejak dari zaman sekolah lagi telah bersumpah untuk memiliki Mira dengan apa jua cara sekali pun.

Mampukah Mail kumpul duit hantaran sebanyak RM51,000?

Ketika Mail buntu mencari jalan untuk mengumpul duit, ibu Mail akhirnya menyuruh Mail berjumpa dengan ayah kandungnya, Malek di Kuala Lumpur. Ketika di sana, Malek telah menyuruh Mail untuk mendapatkan kembali wangnya daripada para penghutang.

Mail akan diberikan ganjaran yang besar berdasarkan jumlah kutipan yang didapat olehnya. Dari situlah bermula cabaran Mail sebagai seorang pemungut hutan demi mencari duit untuk hantarannya.

Mail tidak mahu kehilangan Mira dan dia terpaksa merahsiakan kegiatannya itu daripada pengetahuan Mira. Adalah Mail berjaya mengumpul wang hantaran berkenaan dan mengecapi kebahagiaan bersama Mira? Bagaimana pula dengan Rizal yang tidak berputus asa untuk mendapatkan Mira? Jangan lupa saksikan Oh My Hantaran setiap hari Isnin hinggan Khamis jam 9.30 malam hanya di TV9.


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/mampukah-mail-kumpul-duit-sebanyak-rm51k-untuk-meminang-mira-dalam-drama-oh-my-hantaran