Majlis Bertunang Lagi 2 Minggu Cancel, Lelaki Patah Hati Banyak ‘Termenung’ Di Tempat Kerja

Kesetiaan dan kejujuran adalah antara elemen yang penting dalam mengekalkan sesebuah perhubungan itu. Bagaimanapun, jika muncul orang ketiga ia secara tidak langsung dapat menyebabkan perhubungan tersebut terkandas di pertengahan jalan.

Putus sebab jumpa lelaki lain

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh lelaki menggunakan nama Fadjir di TikTok, memaparkan rakannya yang dilihat banyak termenung seolah hilang arah di tempat kerja. Difahamkan, lelaki terbabit baru sahaja ditinggalkan oleh teman wanita dua minggu sebelum mereka melangsungkan majlis pertunangan.

Lebih perit lagi apabila lelaki berkenaan mendapat tahu bahawa buah hatinya itu memutuskan hubungan mereka kerana menjalinkan hubungan dengan lelaki yang lebih berjaya.

2 minggu lagi nak tunang dapat tahu bakal tunang dia tak jadi tunang sebab dia pilih lelaki yang lebih berjaya pada dia. Dia cuba nampak happy depan kami semua tapi kami tahu bro apa yang kau rasa.

Tambahnya lagi, rakannya itu seperti menyimpan kesedihannya kerana dia hanya menunjukkan muka yang ceria sambil melayan ragam dan kerenah rakan sekerjanya.

Hari ni masuk hari kedua apa yang terjadi tapi kau tetap tak nak tunjuk apa yang kau rasa dan ceritakan. Kau still buat happy depan kami. Buat lawak b*d*h yang tak jadi.

‘Kau tunjuk happy walaupun hati menderita’

@fadjir Tabah lah bro ada lagi bunga kat luar sana ?? #putuscinta #cinta #kenatinggal? #fypmalaysia?? ? suara asli – Penyair Emosian

@fadjir Balas kepada @zakiazeman94 hari ni hari kedua dia tetap sama tunjuk kan dia tu happy depan kami walaupun hati tengah derita #putuscinta #cinta #kenatinggal? ? bunyi asal – CEOPISANG

‘Allah nak bagi yang terbaik’

Sumber : fadjir


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/majlis-bertunang-lagi-2-minggu-cancel-lelaki-patah-hati-banyak-termenung-di-tempat-kerja