Lewat Seminit Kena Kerja Lebih Masa 10 Minit, Peraturan Baru Syarikat Ini Dikritik

Sekadar gambar hiasan

Seorang pengurus di sebuah syarikat dikecam gara-gara mengeluarkan peraturan yang disifatkan agak keterlaluan iaitu jika tiba lewat di pejabat kakitangan akan dikenakan hukuman.

Lewat seminit kena denda

Menerusi perkongsian seorang individu dikenali sebagai MinionsAndWineMum di laman Reddit, poster bertajuk ‘peraturan baru pejabat’ menjadi tular selepas mendapat kritikan yang hebat daripada warganet.

Difahamkan, pengurus terbabit turut menyatakan jika lewat setiap minit ke tempat kerja, mereka perlu bekerja lebih masa selama 10 minit selepas waktu bekerja.

Untuk setiap minit anda lewat datangk kerja, anda perlu bekerja 10 minit selepas jam 6 petang.

Sebagai contoh, jika anda sampai ke pejabat dam 10.02 pagi, anda perlu bekerja selama 20 minit lagi sehingga 6.20 petang. Terima kasih.

Meskipun ketepatan waktu itu adalah penting di tempat kerja, namun hukuman pekerja yang lewat seminit itu dianggap sebagai melampau.

Netizen syor pergi Lembaga Buruh Negeri

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, perkongsian berkenaan meraih lebih 70 ribu tanda suka serta mendapat lebih lima ribu komen di mana majoritinya mengecam majikan terbabit.

Saya mengesyorkan untuk mereka bersama-sama ke Lembaga Buruh Negeri ,” kata pengguna @Thanmandrathor.

Kalau anda datang kerja pujul 9.58 pagi, adakah anda dapat pulang pada pukul 5.40 petang?,” kata pengguna @bakedclark.

Syarikat yang saya kerja mengharapkan kami datang 5 minit awal sebelah shift masuk tapi tak nak bayar 5 minit yang awal tu,” kata pengguna @MassiveLefticool.

Saya tidak akan muncul selama seminggu. Selepas itu saya akan menuntut perumahan percuma ,” kata pengguna @Coffeebiscuit.

Adakah anda nak hilang pekerja kerana itulah cara untuk kehilangan pekerja,” kata pengguna @Apprehensive_Eya6848.

Sumber : Reddit.com


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/lewat-seminit-kena-kerja-lebih-masa-10-minit-peraturan-baru-syarikat-ini-dikritik