Lelaki Sibuk Ambil Gambar Tak Perasan Tangan Anak Kena Gigit Singa

![|650x402](upload://eCcvrTsBs5N214zBjCNuSQ3NGsO.png)

Sekadar gambar hiasan

Malang nasib menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, selepas tangannya digigit oleh seekor singa ketika melawat sebuah zoo di Muhafazah Ibb di Yaman.

Nasib malang menimpa kanak-kanak

![|650x449](upload://5kJnvNcz0jEWZtkPemNiFnSXLzD.png)

Foto: Gulf News

Memetik laporan Gulf News, tangan kiri kanak-kanak ini terpaksa dipotong selepas digigit seekor singa. Mangsa ketika kejadian dipercayai bertindak memasukkan tangannya ke dalam sangkar haiwan tersebut sebelum insiden hitam itu berlaku.

Bapa kepada kanak-kanak ini sewaktu kejadian itu berlaku dikatakan sedang sibuk mengambil gambar anaknya. Apa yang lebih mengejutkan, lelaki ini dilaporkan koma selepas melihat tangan anaknya yang digigit sebelum mereka berdua dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Mengulas lebih lanjut, penyokong hak asasi manusia mengecam tindakan pihak pengurusan zoo berkenan yang didakwa tidak menghiraukan aspek keselamatan pelawat terutamanya kanak-kanak yang lebih berisiko tinggi.

Sumber: Gulf News


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/lelaki-sibuk-ambil-gambar-tak-perasan-tangan-anak-kena-gigit-singa