Lelaki Selamba Bogel Tunggang Motosikal Atas ‘Highway’

Tidak dapat dipastikan apa yang terlintas di fikiran seorang lelaki apabila dia secara bersahaja menunggang sebuah motosikal sambil berbogel disaksikan oleh pengguna jalan raya lain.

Naik moto sambil bogel?

Menerusi video berdurasi kurang 30 saat dikongsi di laman Facebook, memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal tanpa seurat benang. Lelaki ini dilihat seolah-olah tidak menghiraukan pengguna jalan raya yang lain sebelum tindakannya dirakam oleh individu lain.

Bogel matt.

Menurut pemilik video, kejadian berlaku di Taman Perling, Johor Bahru. Menjengah ke ruangan komen, ada yang memberitahu lelaki tersebut melarikan diri setelah terlibat kes jenayah. Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 300 perkongsian di Facebook.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan video berkenaan dan ada yang mendakwa lelaki berkenaan berkemungkinan menghidap penyakit mental.

Sumber: Facebook


This is a companion discussion topic for the original entry at
https://ohbulan.com/lelaki-selamba-bogel-tunggang-motosikal-atas-highway