Lelaki Rempuh Penghadang Jalan Untuk Bercerai Dengan Isteri

Sekadar gambar hiasan

Sepasang suami isteri menjadi bahan jenaka netizen di Beijing gara-gara melanggar penghadang di susur keluar lebuh raya kerana ingin bergegas pulang ke kampung halaman hanya untuk bercerai.

Rempuh penghadang jalan untuk bercerai

Lelaki terbabit dikenali sebagai Yang dan isterinya menaiki van bertindak merempuh penghadang jalan itu untuk kembali ke kampung halaman Yang di selatan China.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan mengatakan bahawa peraturan ujian Covid-19 di China sangat ketat dan hanya membenarkan mereka yang memperolehi keputusan negatif sahaja boleh melakukan perjalanan merentas negeri.

Lebih mengejutkan lagi apabila pasangan terbabit terpaksa berbuat demikian kerana bimbang tempoh kesahihan ujian Covid-19 akan tamat sebelum mereka sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Hal ini kerana, Yang ingin menceraikan isterinya sebaik sahaja tiba di kampung. Malah, lelaki terbabit dilaporkan bergaduh dengan isterinya sepanjang perjalanan.

Tak jadi cerai

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, mereka ditahan di pusat pemeriksaan apabila kakitangan di situ menghubungi pihak polis yang memaklumkan kejadian terbabit.

Susulan daripada kejadian itu, Yang terpaksa bekerja di pusat pemeriksaan selama lima jam sebagai hukuman kerana telah melanggar undang-undang jalan raya.

Difahamkan, lelaki berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan tenang ketika ditahan. Selepas kejadian itu berlaku, dia kembali berbaik semula dengan isterinya dan membuat keputusan untuk tidak bercerai.

Sumber : South China Morning Post


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/lelaki-rempuh-penghadang-jalan-untuk-bercerai-dengan-isteri