Lelaki Raih RM903 Sehari Jadi ‘Tukang Beratur’ Profesional Untuk Orang Kaya

![|650x411](upload://qfPChpGs7NcFUNMgO8BnUfbrGWX.jpeg)

Seorang lelaki raih pendapatan 160 pound (RM903) sehari dengan bekerja sambilan sebagai ‘tukang beratur profesional’ di mana dia beratur untuk golongan kaya yang malas menunggu ketika membeli belah.

Berharap dapat beratur lebih lama

![|630x420](upload://imsfBbjcVwrGYGdyZb1AYN3ZcW6.jpeg)

Gambar sekadar hiasan

Menurut laporan Oddity Central, Freddie Beckitt, 31 tahun sanggup beratur sehingga berjam-jam sebagai wakil kepada pelanggannya yang terdiri daripada golongan kaya. Dia yang sudah ‘berpengalaman’ selama tiga tahun kini menjadikan perkara tersebut sebagai karier sambilan.

Beckitt berkata, dia mampu meraih 20 pound (RM112) sejam, jadi berbeza dengan orang lain yang tidak gemar untuk menunggu di dalam barisan, Beckitt malah berharap dapat beratur untuk jangka masa yang lebih lama agar pekerjaannya itu dapat dijadikan sumber pendapatan sepenuh masa.

Saya sanggup beratur panjang janji ada yang sudi membayar saya untuk melakukan tugas itu. Saya mengiklankan perkhidmatan saya dalam (aplikasi) Taskrabbit yang menawarkan pelbagai tawaran pekerjaan pelik dan pelanggan tinggal pilih perkhidmatan yang diinginkan.

Pemuda yang juga merupakan penulis fiksyen dari Fulham itu berkata kebanyakan pelanggannya adalah golongan atasan yang tidak mempunyai masa untuk beratur terutama sekali bagi mendapatkan tiket untuk sebarang acara popular yang diadakan.

Saya pernah beratur sampai lapan jam untuk beli tiket pertunjukan V&A Christian Dior. Masa sebenar hanyalah tiga jam, tapi pelanggan minta saya mengambil tiket dan tunggu mereka tiba di acara itu. Saya tidak kisah, janji dibayar 20 pound sejam.

Sumber: Oddity Central


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/lelaki-raih-rm903-sehari-jadi-tukang-beratur-profesional-untuk-orang-kaya