Lelaki Nekad Robohkan Rumah Bernilai RM147k Selepas Bercerai, Alasan Tak Nak Bekas Isteri Dapat Rumah

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki di Jawa Timur, Indonesia bertindak merobohkan rumah bernilai 500 juta rupiah (RM147,229) selepas dia bercerai dengan isterinya.

Rela robohkan rumah daripada didiami bekas isteri

Foto kredit : Tribun News

Menerusi laporan Kompas.com, lelaki berkenaan dikenali sebagai Moh. Shuaib dari Desa Larangan Slampar, Pamekasan menyatakan bahawa dia lebih rela merobohkannya daripada rumah tersebut didiami oleh bekas isteri.

Dalam pada itu, bapa saudara lelaki tersebut, Abdul Hannan mengatakan proses mediasi dijalankan supaya rumah berkenaan tidak dirobohkan selepas cerai dilafazkan di Mahkamah Agama Pamekasan.

Meskipun sudah pujuk, namun Shuaib tetap berdegil dan ingin meneruskan rancangannya kerana dia kini tinggal bersama ibu bapanya di Kampung Pangtonggal.

Proses mediasi turut melibatkan ahli keluarga yang lain. Malah tiga jam sebelum rumah itu dirobohkan, bekas isterinya telah menghubungi supaya tidak merobohkan rumah terbabit.

Robohkan rumah dengan bantuan jiran

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan merobohkan rumah terbabit dengan bantuan jiran di kawasan kediaman rumahnya itu.

Rumah tersebut akhirnya dirobohkan dengan menggunakan jentera berat dengan bantuan jiran.

Difahamkan, rumah berkenaan dibina dengan menggunakan duit ibu bapa Shuaib, namun tanah yang didiami itu adalah harta pusaka milik ibu bapa bekas isterinya.

Bukan itu sahaja, wanita berkenaan turut merayu agar rumah terbabit diwariskan kepada dua anaknya, bagaimanapun cadangannya itu diabaikan oleh lelaki tersebut.

Sumber : Kompas.com


This is a companion discussion topic for the original entry at https://ohbulan.com/lelaki-nekad-robohkan-rumah-bernilai-rm147k-selepas-bercerai-alasan-tak-nak-bekas-isteri-dapat-rumah